Anda Tanya Ustaz Jawab Siri 06 (Bercakap Bohong, Memakai Purdah, Hukum Onani, Masbuq Dan Wang Riba)

26. Soalan : Apakah hukumnya seseorang yang bercakap bohong kerana terpaksa?

Jawapan :

Jika seseorang bercakap bohong semata-mata untuk mengelakkan saudaranya di zalimi oleh orang lain maka kita diharuskaa berbohong..

Dari Ummu kaltsum binti Uqbah bin Abi Mu’aith – dia termasuk muhajirat yang pertama-tama berbai’at dengan Nabi SAW – mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidak termasuk pendusta orang yang memperdamaikan dua orang yang berselisih, dia mengatakan yang baik lalu dia berhasil dengan baik.” Kata Ibnu Syihab, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membolehkan orang berdusta, melainkan dalam tiga hal (1) dalam perang. (2) dalam mendamaikan dua orang yang berselisih (3) berita suami kepada isterinya dan berita isteri kepada suaminya.”
(Hadith Shahih Riwayat Muslim.)

Antara dasar syarak ialah: HARAM BERBOHONG, dan ia salah satu ciri utama munafiqeen.

-Dikecualikan dalam beberapa situasi kerana maslahah. Antaranya:

loading...

i- untuk mendamaikan antara dua orang atau dua kumpulan. Contohnya: Ali dan Amhad bertengkar, lalu kita beritahu pada Ali bahawa Ahmad mahu berdamai, dan beritahu pada Ahmad bahawa ALi mahu berbaik dengannya.

ii- perbualan antara suami isteri dalam hal-hal yang boleh menambahkan kemesraan, dan kasih sayang antara mereka. Contohnya: Seorang yg berpoligami berkata kepada setiap isterinya, bahawa dialah isteri yang paling disayangi.

iii- dalam peperangan. Contohnya: pemimpin tentera menzahirkan bahawa dia mahu mengerahkan tentera2nya melalui laluan A, padahal sebenarnya dia mahu mereka melalui laluan B. Ini adalah kerana maslahah, supaya rahsia strategi peperangan tidak sampai ke tangan musuh.

Berkata al-Qadhi Iyadh: Tidak ada khilaf bahawa HARUS berbohong dalam 3 keadaan ini. Lihat: Syarah Sahih Muslim Nawawi 16/158.

27. Soalan : Apabila seseorang muslimah itu memakai purdah masa bilakan sesuai dia membuka pudah? Bolehkan ustaz memberikan pendapat ulama mazhab di dalam hukum berpurdh?

loading...

Jawapan :

Berpurdah hukumnya sunat sahaja bukan wajib kerana kewajipan aurat wanita yang wajib di tutup adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan sehingga pergelangannya. Wanita yang berpurdah boleh membukanya ketika beliau mengajar, makan, berada dirumah ahli keluarga dan ketika berada bersama muslimat di masjid untuk solat dan mendengar ceramah.

Pendapat-pendapat ulama Mazhab mengenai memakai purdah : 

1. Memakai purdah adalah sunat mengikut pendapat Mazhab Hanafi. 

Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita BUKANLAH AURAT, namun memakai purdah hukumnya SUNAT (dianjurkan) dan MENJADI WAJIB jika dikhawatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.

* Asy Syaranbalali berkata:

 
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار

“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih shahih dan merupakan pilihan madzhab kami“ (Matan Nuurul Iidhah)

 
2. Mazhab Maliki berpendapat bahwa wajah wanita BUKANLAH AURAT, namun memakai purdah hukumnya SUNNAH (dianjurkan) dan menjadi WAJIB jika dikhuatiri menimbulkan FITNAH. Bahkan sebahagian ulama yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.

 
3. Pendapat mazhab Syafi’ie, AURAT WANITA di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah SELURUH TUBUH. Sehingga mereka MEWAJIBKAN wanita memakai purdah DIHADAPAN LELAKI AJNABI. Inilah pendapat MU’TAMAD mazhab Syafi’ie.

* Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusar dan paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)* 

 4. Imam Ahmad bin Hambal berkata:

كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر

“SETIAP bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

* Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة

“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusar hingga paha” (Raudhul Murbi’, 140)

28. Soalan : Apakah dosa melancap (onani) sama dengan dosa melakukan zina? Minta penjelasan ustaz?

Jawapan :

Berzina dan melancap (onani) kedua-duanya hukumnya adalah berdosa besar tetapi dosa zina lebih besar lagi kerana jika orang yang berzina mengaku dihadapan hakim dan sabit kesalahan, maka kesalahan jenayah zina boleh dihukum dengan hukum hudud samaada sebat 100 kali (untuk mereka yang belum berkahwin) atau rejam sampai mati (untuk mereka yang telah berkahwin) tetapi kesalahan beronani jika mengaku dihadapan hakim maka akan dijatuhkan hukum takzir bukan hudud. Wallahu a’lam.

29. Soalan : Saya nak solat Zohor berjemaah  tetapi saya terlewat sampai ke masjid. Saya dapati imam telah selesai solat dengan jemaah yang lain..tetapi terdapat beberapa individu masih meneruskan solat kerana tertinggal beberapa rakaat..Pada ketika ini saya ingin menjadikan individu tersebut sebgai imam saya dan berjemaah bersamanya..Apa yang perlu saya buat..adakah saya perlu angkt tadbir dulu dan kemudian sentuh bahu individu tersebut. atau saya perlu sentuh bahu individu tersebut kemdian baru saya agkat tadbir.? Mohon penjelasan ustaz…terima kasih.

Jawapan :

Sebaik-baiknya sentuh dulu baru angkat takbir dan menjadikan “makmum masbuq” tadi sebagai imam. Kerana pergerakkan kita tidak dikira lagi kerana belum takbiratul ihram. jika kita takbir dulu baru sentuh, maka kita telah adakan banyak pergerakan dikhuatiri akan membatalkan solat sedangkan tujuan kita hanya hendak beritahu orang tadi kita lantik dia menjadi imam. Wallahu a’lam.

30. Soalan : Saya sudah lama tidak masukkan duit dalam bank lepas tu dua hari lepas saya masukan duit untuk aktifkan akaun.saya tengok duit yang saya masukan tidak sama dengan dengan jumlah duit saya yang asal. Baru saya sedar saya dapat interest lebih kurang 200 ringgit yang diberikan oleh bank. Soalan saya bagaimana saya hendak gunakan wang interest tersebut?

Jawapan :

Jika kita membuka akaun simpanan dalam sistem konvesional keuntungan yang diberikan adalah interest atau dipanggil riba. Dalam Islam wang riba haram di gunakan untuk keperluan diri sendiri tetapi wang tersebut boleh di berikan kepada fakir miskin yang sangat memerlukan (bukan niat sedekah) atau wang tersebut di buat kebajikan umum seperti baiki jalan, baiki longkang, baiki tandas awam dan sebagainya. Wang yang termasuk dalam kategeri wang tidak patuh syariah boleh di manfaatkan untuk kegaunaan orang ramai.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah S.A.W ada bersabda : “Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba.” . Lalu ada yang bertanya. ” Apakah semua manusia wahai Rasullullah ?.” . Sabdanya. ” Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya.” . (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah) Riba Adalah Salah Satu Dari Dosa Terbesar. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Jauhilah tujuh dosa besar: Syirik, Sihir, Membunuh tanpa hak, Makan harta anak yatim, Makan riba, Lari dari medan peperangan (kerana takut) dan Menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil).“ ( Hadis Riwayat  Bukhari dan Muslim)

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *