AYAHKU BARU MENINGGAL DUNIA.TETAPI SATU KEJADIAN LUAR BIASA SEBELUM DIA PERGI. BUAT RAMAI TERKESAN !!!

Ayah ku meninggal 9 tahun lepas semasa aku tingkatan 5. Entah kenapa harini aku teringat banyak kenangan aku dengan ayahku. Aku anak bongsu dan aku adalah satu2nya anak perempuan. Aku hanya dua beradik iaitu seorang lelaki (abang aku) dan seorang perempuan (aku). Beza aku dan abg aku tak jauh. 2 tahun sahaja. Ibu bapa aku kahwin agak lewat. Masa tu umur mereka hampir 40tahun.

Dari kecil aku dan abang aku ditatang bagai minyak yang penuh. Tapi perhatian sebenarnya lebih banyak ayah aku berikan kepada aku kerana aku anak perempuan dan bongsu. Oleh itu dia sangat overprotective terhadap aku. Dia tidak pernah mengizinkan aku berdikari. Sedangkan sekolah yg jarak 50 meter sahaja dari rumah aku, aku tidak dibenarkan untuk pergi sekolah sendiri atau dengan kawan2. Ayah mesti nak hantar aku. Balik pun bergitu. Ayah akan ambil aku dari sekolah juga. Ayah ku kerja sendiri so, masa dia agak flexible.

Aku ingat lagi masa tu. Pernah satu hari aku rebel. Aku tengking ayah aku. Aku cakap dgn ayah aku yang aku malu pergi sekolah berhantar dan balik sekolah berambil. Aku nak berdikari. Ayah aku hanya mendiamkan diri. Dia sedikit pun tidak memarahi aku. Dia hanya mengangguk. Esoknya aku pun gembira la sebab dapat green light untuk pergi sekolah sendiri dgn kawan2… Alih2 masa ktorang nak sampai sekolah, kawan aku tegur aku bgtau ayah ku ada kat belakang dengan motor dia. Aku pun toleh la pastu nampak ayahku. Rupa2nya ayah aku follow aku senyap2 dari belakang. Balik sekolah haritu aku apa lagi. Rebel lagi la… Aku tengking ayah aku sebab follow aku. Pada masa tu aku rasa ayah tak percayakan aku. Tu sebab dia follow aku. Dan lagi sekali ayah aku hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa2. Esok dan esoknya aku terus pergi sekolah dengan kawan2 aku. Dan ayah masih follow aku. Dia tak hiraukan walaupun aku cakap jangan follow. Hubungan aku dengan ayah aku jadi dingin. Ayah tanya aku sepatah, aku jawab sepatah. Aku malas nak ada proper conversation dengan ayah aku.

Masa tingkatan 5. Ayah aku meninggal secara tiba2 dalam tidur. Walaupun aku ni selalu bergaduh dengan ayah aku, aku sayang kan ayahku sebab dia la nadi dalam keluarga aku. Masa ayah aku tak ada, baru aku sedar bertapa pentingnya ada ayah. Selepas ayah aku meninggal, aku dilanggar kereta sewaktu melintas jalan ke sekolah. Masa aku jatuh tu, aku toleh belakang. Sebab selama ini aku tahu ayah aku akan sentiasa ada dibelakang aku untuk ke sekolah. Tapi sayang, masa tu aku teringat kembali yang ayah aku sudah tiada. Menangis aku waktu itu bukan kerana luka kemalangan tapi kerana sedar ayah aku tiada ketika aku sangat memerlukannya. Hidupku sekeluarga terumbang ambing selepas kematian ayahku. Kami dihalau dari rumah oleh adik beradik ayahku sebab tanah yang kami duduk adalah milik arwah nenek aku (emak ayah aku). Katanya keluarga aku tak ada hak nak duduk atas tanah tu sebab ayah aku sudah meninggal. Ibu aku pula hanya la surirumah. Dia tidak tahu drive. Naik basikal pun ibu aku tak tahu. Ni lebih menyukarkan hidup aku dan ibu aku sebab pergerakan kami terbatas. Abang aku masa tu tinggal di asrama universiti. Hanya aku dan ibu aku terpaksa hadap derita hidup tanpa ayah aku. Nasib baik aku ada lesen moto sebelum ayah aku meninggal. So dapat la aku bawak ibu aku pergi beli barang dapur. Melihat kereta ayah aku hanya terletak sahaja di garaj, adik beradik ayah aku tuntut supaya diberikan kereta tu kepada mereka.

Aku enggan sebab bagi aku, aku mahu gunakan kereta tu selepas aku lulus ujian memandu. Akhirnya hubungan aku dan bapak2 sedara aku jadi keruh. Mereka seperti tidak hirau lagi kewujudan kami.

loading...

Selepas beberapa bulan, aku dapat tawaran masuk matrikulasi di Perak. Time ni aku cuak sebab tiada siapa yang boleh hantar aku ke sana. Adik beradik ayah aku dah sisihkan kami. Adik beradik ibu aku pulak tak reti nak drive. Abang aku ada kat universiti Pantai Timur. Takkan aku nak susahkan abang aku. Tiba2 aku teringat. Alangkah bagus kalau ayah ada. Aku kembali sesal dengan sikap aku dahulu. Dulu nak sangat berdikari. Sekarang jadi kenyataan. End up aku mendaftar masuk matrikulasi seorang diri. Datang naik bas seorang diri. Cemburu melihat pelajar2 lain yang datang mendaftar sesama keluarga.

Bergitu juga bila tamat belajar di matrikulasi. Aku balik dan angkut barang2 seorang diri naik bas. Dan sekali lagi aku terfikir. Kan bagus kalau ayah ada. Semakin dewasa aku menjadi matang. Aku sedar apa yang ayah aku buat selama ini, follow aku pergi sekolah semua tu kerana dia risaukan keselamatan aku bukannya kerana dia tidak percayakan aku. Aku sangat menyesal dengan sikap aku semasa ayah aku ada. Aku tidak menghormati ayah aku dan aku nak ayah aku dengar cakap aku. Bila ayah aku meninggal, sangat terkesannya hidup aku.

Justeru, aku nak menyeru remaja2 kini supaya menghargai ibu bapa anda. Masa remaja kita hanya fikir nak seronok, semua benda nak buat sendiri. Tolong la jangan jadi macam akak. Even akak dah 26tahun, tiada sehari pun yang akak dapat lupakan sikap kurang ajar akak dengan ayah akak semasa remaja dulu. Tolong doakan ayah akak ditempatkan dikalangan orang beriman.

Al fatihah.

Sumber : Suria

loading...

SAYANG ABG MINTA MAAF YE. TINDAKAN SUAMI BUAT RAMAI GERAM !!! NOTA TERAKHIR BUAT RAMAI HIBA…MENITIS AIR MATA

Gambar Hiasan

Kehadapan ustaz yg saya hormatisaya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama iniustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun.

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustazisteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:Abang dah makan?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?

Ustazpernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada sayaAbang dah solat?abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggilaBengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai

Ustaz saya bertambah lupa daratansaya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz.pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama sayatapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangantulang paha saya patah dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan keji mahupun geli.dialah yang memandikan sayamenggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz..sayakasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz.ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati.hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucattetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya.Abang saya dah lama maafkan abangsaya sayangkan abang.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinyasambil airmata ini tidak berhentihenti mengalir.Jangan menangis bang.bukan salah abang..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abangBerdentum.seolah-olah hati saya disambar halilintarsaya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteriternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaztepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospitalisteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya.menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteramapakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah.tolonglah ustaz saya amat menderita..jiwa saya terseksa..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..abangjagalah diri baik-baik.jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah.dan jika bertemu dengan insan bernama isteri.jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhirdia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya.

Di dalam nota itu dia menulis Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selaluDahulusaya senantiasa menanti abang pulang ke rumahSaya teringin sangat nak makan bersama abang..mendengar cerita abang.menyambut abang pulang dari kerja.bergurau dan bermanja dengan abang..memeluk abang ketika tidur..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi sayajaga dirisayang abang.selamanya.

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz.kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedihceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abangUstaz.saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami.sayangilah isteri anda.selama mana anda berpeluang utk berbuat begitujanganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukanpasti anda akan menyesal tak sudah.

Terima kasih ustaz.doakan saya.

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini.memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak..dengarkanlah senikatanya.tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright.tajuknya now and forever by richard mark.

P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi..

Sumber: Anymous

Kredit : myberitatular

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *