BILA GADUH JE SUAMI TUMBUK ALMARI. SLPS PINDAH RUMAH DIA CERITA PERKARA SEBENAR YG BUAT AKU TERDIAM !!!

Gambar Sekadar Hiasan

Bila Gaduh Je Suami Tumbuk Almari. Slps Pindah Rumah Dia Cerita Perkara SEBENAR Yg Buat Aku TERDIAM !!! | Sebelum saya berkahwin, suami memang dah sediakan tempat tinggal untuk kami lepas kahwin nanti. Tapi hanya Rumah Kuaters, Alhamdulillah. Sebulan lepas nikah, saya masih tinggal di rumah mak saya sambil pindah barang saya sikit². Dalam tempoh sebulan tu, hari minggu je la saya akan bermalam di kuaters.

Hari pertama saya nak bermalam di situ, saya dapat salam perkenalan dari ‘tuan rumah’. Langkahan kaki saya yang pertama masuk ke dalam rumah, tiba² mainan kereta polis anak buah suami punya yang tertinggal berbunyi. Saya tanya suami bunyi mainan ke tu? Camne bole berbunyi? Suami cuma jawab entah laa maybe tertindih  dengan mainan lain agaknya. Masa tu saya tak fikir yang bukan² dan saya minta suami offkan bunyi tu. Suami cuma buat tak tau je. Bunyi mainan tu datang dari bilik tetamu dan saya cari mainan tu, dalam kotak tu mainan tak banyak pun dan mainan yang berbunyi tu tak bertindih pun. Lepas saya cabut bateri mainan tu, saya cerita pada suami keadaan mainan tu dan buat saya rasa hairan. Suami terus suruh saya tidur dan jangan sesekali bercerita bab² hantu ni. Setiap minggu saya balik ke rumah suami, mesti ade saja salam perkenalan yang saya dapat. Saya pula jenis berani sikit, selagi tak jumpa depan mata, saya buat tak tau je laa. Suami pula tak nak cerita langsung keadaan rumah tu..

Lepas sebulan tu, saya terus duduk dengan suami, masa ni la perangai suami berubah. Sebelum ni dia jarang marah saya tapi sejak kami duduk sama, dia jadi baran. Tapi belum lagi tahap sampai pukul saya, sebab setiap kali kami bergaduh, dia suka tumbuk pintu yang ada kat dalam rumah, habis semua pintu berlubang dikerjakannya. Almari yang pihak kuaters sediakan pun habis ditumbuk juga, Saya hanya berfikir suami berubah mungkin sebab dah dapat saya kot, Masa bercinta semuanya manis. Disebabkan saya makin tak tahan, saya mengadu dengan mak mertua pasal sikap baran suami, Mak tak percaya dan saya minta mak datang rumah kami tengok sendiri keadaan rumah ni. Akhirnya mak percaya dan dia beritahu saya yang menantu sulong dia pernah cakap rumah ni ‘panas’. Tapi mak tak ambil kisah sebab mak pun macam saya kurang percaya bab² camni..

Saya cuba ikhtiar je la untuk ‘pendinding’ rumah kami, Saya tukar tempat solat saya kat bilik tetamu pula dan kerapkan mengaji kat bilik tu. Amalan² ‘pendinding’ yang saya cari kat google pun saya dah cuba buat tapi keadaan masih sama. Bila saya dah fedap, saya cuma berfikir mungkin baran suami tu memang sikapnya dan tak da kaitan dengan ‘tuan rumah’. Jadinya  saya usaha dengan berdoa, baca ya latif ketika basuh beras dan bacakan Al Fatihah di ubun²nya supaya dilembutkan hatinya.

loading...

Lepas 3 bulan saya tinggal di rumah kuaters tu, berkat doa saya, suami tiba² ajak saya berpindah. Allah permudahkan urusan kami pindah tak sampai sebulan pun. Lepas pindah, baran suami automatik hilang. Kemudian baru la suami cerita keadaan rumah tu. Mula² dia kena, memang rasa nak tukar blok lain. Disebabkan dah lali dan susah untuk dia cari rumah lain, redha je la.

Sampai sekarang saya masih tertanya. Adakah baran suami tu berpunca dari ‘tuan rumah’ yang mungkin tak suka kehadiran orang asing macam saya atau berkat doa pelembut hati dari saya?? Wallahu’alam.

Sumber : KRT / Malaysiatular

9 TAHUN BERCINTA DENGAN MAT REMPIT, GAJI SIKIT, SOLAT BERTERABUR. LAHIR ANAK PERTAMA, APA YANG DIA LAKUKAN BUAT AKU TAKJUB !!!

9 Tahun Bercinta Dengan Mat Rempit, Gaji Sikit, Solat Berterabur. Lahir Anak Pertama, Apa Yang Dia Lakukan Buat Aku TAKJUB !!! | Salam warga krt.. Sy cuma nak berkongsi sesuatu yg negatif bertukar jd positif.. Ok, sblm kwen, kami bercinta selama 9 tahun. Sekarang da kawen 3 tahun. Masa tu suami sy kje biasa n gaji rm20/30 sehari.. Dr awal perkenalan tu lah gaji dia..ada motor sebijik..solat pn tunggang langgang.. (bekas mat rempit). Sy bkn seorang yg bersosial, berlawanan n dia.

loading...

Ok, masa nk kwen niat sy nk bimbing dia. Jd slalu bgn mlm doakan dia berubah seandainya dia jodoh sy.. Kami sama2 pasang niat nk berkahwin utk dpt redha Allah..sy seorang yg bekerjaya n gaji 6k ++,suami mase tu rm1500 sebulan..tp suami minta sy duduk dirumah jgn bkerja disebabkan sy alahan mengandung sampai 9bln. Sy ada simpanan, tp suami xpernah usik. Kami hidup ala kadar.. Tp setiap hr sy xlupa solat dhuha, baca surah alwaqiah, berdoa utk murahkan rezeki kami.

Suami mula solat jemaah di masjid. Slpas lahir ank pertama kami, kehidupan kami berubah. Kami pindah drpd umah mertua dan sewa bilik kecil..sbb sy xselesa..masa tu suami takot xmampu, sy yakinkan suami kita ada Allah.. Bahagiakan hati isteri, Allah akn tlg nnti.. Percayalah. 2tahun kami duk kt situ.. Dlm bilik tu la kami masak.. Tp sy sentiasa pastikan semuanya dlm keadaan kemas.. Selepas tu, Allah bg rezeki yg xputus. Suami start bisness, income 5 angka..

Sekarang da menyewa rumah lain yg lebih selesa memandangkan sy tgh mengandung ank kedua. In shaa allah nnti blh buat rumah sendiri pula.. Setiap hari suami bg rm200 kt sy. Sy yg rancang kewangan keluarga..drpd duit tu sy bli keperluan rumah(brg dpur kering), byr bil, kereta, roadtax, keperluan ank,insurans kami 3 beranak, bg kt parents dia 1k sebulan xtermasuk bil api n air umah..duit lebih tu suami ckp nafkah sy. 1k-2k ..kalau g jalan2,atau shopping suami akn hulur duit lain.. brg basah suami yg belikan.. Duit lebihan income suami, jdikan simpanan.. kami tiada hutang melainkan loan kereta n ptptn sy.. Skrg kami da mampu bli kereta yg lebih selesa. Apa yg kami suami isteri amalkan jgn merungut.. Jgn mengungkit..

Apa yg sy nk kongsi disini, Allah pemilik hati kita.. Bila kita xske perangai suami atau isteri, mohonlah pd Allah terbalikkan.. Allah maha pengasih n penyayang..sy berhenti kje niat Allah bg rezeki mlalui suami sy.. Alhamdulillah Allah makbul, walaupun tahun pertama kwen mcm2 dugaan dtg.. cuma kita xblh putus asa.. Skrg sy buat bisness online sambil2 duk kt rumah. Suami atau isteri masing2 xsempurna, doa adalah senjata yg paling berkesan.. Balik kpd Allah, Allah akn tlg xkira siapa kita dahulu.. N kelebihan suami xkedekut serta jaga kebajikan org tua, rezeki sentiasa bertambah n xpernah putus.. Xlama lg sy akn bersalin ank kedua.. Doakan sy selamat semuanya ye..
Yg positif kita jdikan amalan..

Sumber:- KRT

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *