‘Fakta Tak Konsisten, PH Macam Tempe’ – Zahid Hamidi

“Siang cakap lain, petang cakap lain. Macam tempe, pagi masih lagi kacang,
petang sudah jadi tempe. Esok sudah naik kulat.”

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) sentiasa tidak konsisten dalam memberikan fakta, sekali gus menyakannya dengan tempe, lapor MediaUMNO.

Tambah Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO itu, hingga kini tiada satu pun janji mereka sebelum menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dilaksanakan.


“Selaku kerajaan baru, sudah pasti mereka akan diperhatikan. Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun.

“Mereka isytihar GST akan dihapuskan, tetapi tiada barang yang harga turun walaupun GST 0 peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga.

“Begitu juga kalau kita lihat PTPTN, apabila mereka kata berpendapatan RM4 ribu ke bawah tidak perlu bayar, maka situasi untuk pembiayaan semula melalui PTPTN tidak dapat dilaksanakan.

loading...

“Mereka juga mengatakan hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion. Mereka katakan ada pinjaman asing, tetapi sebenarnya domestic debt iaitu pinjaman dalam negara, ertinya tiada pengaliran wang tunai ke luar negara,” ujarnya.

Zahid turut berkata, PH menuduh kerajaan terdahulu membuat pinjaman dalam bentuk US dollar dan yen sedangkan Bank Negara (BNM) membuktikan hanya dua peratus sahaja pinjaman dalam bentuk US dollar dan satu peratus dalam yen.

“Ertinya, pinjaman kita dalam bentuk ringgit. Mereka juga kata Bursa KL akan meningkat, tapi akhirnya merudum jatuh.

“Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamukan dan negara hampir bankrup tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh,” selarnya.

Zahid berkata demikian dalam program berbuka puasa bersama Ketua-ketua Penerangan Bahagian UMNO pada Ahad.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berharap semua Ahli Parlimen BN bersatu menjadi pasukan pembangkang yang efektif di Dewan Rakyat bagi mengekang segala tohmahan tidak benar PH terhadap kerajaan terdahulu.

loading...
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *