Golongan Dikenakan Fidyah Dan Kadar Bayaran Yang Dikenakan..Sila Bayar Puasa Yang Pernah Anda Tinggalkan..

PENGERTIAN FIDYAH

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada satu tahun sehingga tiba Bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud :  
“……Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin”
.

Walaupun fidyah telah dibayar, namun bagi mereka yang sengaja meninggalkan puasa atau kepada golongan tertentu, puasa yang ditinggalkan tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

GOLONGAN DIKENAKAN FIDYAH

loading...

GOLONGAN

DENDA DIKENAKAN

Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie ( musafir, haid atau nifas atau wiladah ), sakit yang ada harapan sembuh.

 Wajib Qada’ puasa.

Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya dia tidak ‘menggantikan puasanya, maka wajib dia Qada’  puasa dan membayar Fidyah.

loading...

 

Orang  yang sakit yang tiada kemungkinan atau harapan untuk sembuh yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa. 

 Tidak wajib Qada’ puasa.
Wajib bayar Fidyah pada tahun  tersebut.

Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan dengan sebab :

Bimbang akan kesihatan dirinya sahaja.
Atau
Bimbang akan kesihatan dirinya dan janinnya / anaknya.

 Wajib Qada’ puasa.
 Tidak wajib bayar Fidyah.

Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya dia tidak ‘menggantikan puasanya, maka wajib dia Qada’  puasa dan membayar Fidyah.

 

Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan dengan sebab :

Bimbang akan kesihatan janinnya / anaknya sahaja.

 

 Wajib Qada’ puasa.
 Wajib bayar Fidyah.

Orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya. 

Tanggungjawab membayar fidyah si mati dilaksanakan oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan

KADAR FIDYAH


1 Hari dendanya 1 cupak beras1 cupak beras = 1 mud

1 mud = Nilai zakat fitrah semasa ÷ 4

 

Nilai zakat fitrah bagi tahun 1432 H ialah RM7.50

 

RM……. ÷ 4 = RM…….. (nilai 1 cupak beras)

 

* Bergantung kepada perubahan kadar tahunan zakat fitrah.

 

CONTOH PERMASALAHAN FIDYAH

Permasalahan 1

Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan 3 tahun berturut – turut tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga Ramadhan Tahun 2010 seperti berikut :

Tahun 2007 tinggal puasa 6 hari
Tahun 2008 tinggal puasa 5 hari
Tahun 2009 tinggal puasa 7 hari

Penyelesaian

Langkah 1
Kira jumlah tahun seseorang itu tidak qada’ puasa yang ditinggalkan iaitu jumlah dia telah melangkaui Ramadhan berikutnya.
Oleh itu, jumlah tahun ditinggalkan puasa dari tahun

2007 hingga masuk Ramadhan 2010 ialah 3 tahun
2008      “           “                “            “        “  2 tahun
2009      “           “                “            “        “  1 tahun

Langkah 2
Darabkan setiap jumlah tahun tinggal puasa dengan jumlah hari tinggal puasa kemudian didarabkan dengan nilai zakat fitrah semasa dan kemudian dibahagi dengan 4 ( nilai 1 cupak beras )

JUMLAH TAHUN

JUMLAH HARI

ZAKAT FITRAH SEMASA

JUMLAH

2007 – 2010
3 Tahun

X

6

X

RM 7.50

÷ 4

RM 33.75

2008 – 2010
2 Tahun

X

5

X

RM 7.50

÷ 4

RM 18.75

2009 – 2010
1 Tahun

X

7

X

RM 7.50

÷ 4

RM 13.12

JUMLAH KESELURUHAN

RM 65.62

Permasalahan 2Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan 3 tahun berturut – turut tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga Ramadhan Tahun 2010 seperti berikut :

Tahun 2007 tinggal puasa 5 hari

Tahun 2008 tinggal puasa 5 hari

Tahun 2009 tinggal puasa 5 hari

Penyelesaian

Langkah 1
Kira jumlah tahun seseorang itu tidak qada’ puasa yang ditinggalkan iaitu jumlah dia telah melangkaui Ramadhan berikutnya.
Oleh itu, jumlah tahun ditinggalkan puasa dari tahun

2007  hingga masuk Ramadhan 2010 ialah   3 tahun
2008      “           “                “             “       “      2 tahun
2009      “           “                “              “      “      1 tahun

Langkah 2
Darabkan setiap jumlah tahun tinggal puasa dengan jumlah hari tinggal puasa kemudian didarabkan dengan nilai zakat fitrah semasa dan kemudian dibahagi dengan 4 ( nilai 1 cupak beras )

JUMLAH TAHUN

JUMLAH HARI

ZAKAT FITRAH SEMASA

JUMLAH

2007 – 2010
3 Tahun

X

5

X

RM 7.50

÷ 4

RM 28.12

2008 – 2010
2 Tahun

X

5

X

RM 7.50

÷ 4

RM 18.75

2009 – 2010
1 Tahun

X

5

X

RM 7.50

÷ 4

RM 9.37

JUMLAH KESELURUHAN

RM 56.24

 

Permasalahan 3Seseorang meninggalkan puasa pada tahun 2005 sebanyak 2 hari. Kemudian pada tahun berikutnya beliau berpuasa sepertimana biasa. Setelah berakhirnya Ramadhan 2010………

Beliau berhasrat bagi menggantikan 2 hari puasa yang ditinggalkannya pada tahun 2005.

Atau

Beliau telah menggantikan puasa yang telah ditinggalkan sebanyak 2 hari pada tahun 2005.

Maka jumlah fidyah yang dikenakan adalah berpandukan penyelesaian berikut :

Penyelesaian 
Jumlah fidyah akan berganda mengikut jumlah bilangan tahun yang ditinggalkan sehingga puasa tersebut diganti TETAPIpuasa wajib diganti hanya 2 hari sahaja mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.

JUMLAH TAHUN

JUMLAH HARI

ZAKAT FITRAH SEMASA

JUMLAH

2005 – 2010
5 tahun

X

2

X

RM 7.50

÷ 4

RM 18.75

JUMLAH KESELURUHAN

RM 18.75

 

Permasalahan 4Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan pada tahun 2003 sebanyak 8 hari tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga masuk Ramadhan Tahun 2010.

JUMLAH TAHUN

JUMLAH HARI

ZAKAT FITRAH SEMASA

JUMLAH

2003 – 2010
7 Tahun

X

8

X

RM 7.50

÷ 4

RM 105.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 105.00

 

Permasalahan 5Seseorang meninggalkan puasa selama 6 tahun kerana sakit dan disahkan doktor tidak boleh berpuasa serta tiada harapan sembuh

JUMLAH TAHUN

JUMLAH HARI

ZAKAT FITRAH SEMASA

JUMLAH

6 Tahun

X

30

X

RM 7.50

÷ 4

RM 337.50

JUMLAH KESELURUHAN

RM 337.50

 

Permasalahan 6

Seseorang meninggalkan puasa kerana sakit dari tahun 2001 serta  disahkan doktor tidak boleh berpuasa dan tiada harapan sembuh kemudian telah meninggal dunia selepas Ramadhan pada tahun 2005.

Kemudian waris menyatakan hasrat ingin membayar fidyah bagi si mati selepas ramadhan 2010.

Langkah pengiraan

Tahun tinggal puasa bagi si mati hanya diambil kira bermula dari si mati  meninggalkan puasa sehingga meninggal dunia sahaja

(Ramadhan 2001 – Ramadhan 2005 )

Oleh itu jumlah tahun ditinggalkan puasa adalah :
Ramadhan 2001 hingga masuk Ramadhan 2005 bersamaan 4 tahun

JUMLAH TAHUN

JUMLAH HARI

ZAKAT FITRAH SEMASA

JUMLAH

(Ramadhan 2001 – Ramadhan 2005 )
4 Tahun

X

30

X

RM 7.50

÷ 4

RM 225.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 225.00

 

 

Sumber: Maij

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *