Hajat Untuk Meninggal Dunia DiTanah Suci Akhirnya Termakbul. Namun,Ketika Mandi Jenazah, Tiba-Tiba “SESUATU” Berlaku..

Hujung tahun memang musim orang berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.

Siapa yang terpilih menjadi tetamu Allah di sana sangat bertuah kerana bukan semua orang mempunyai rezeki untuk menunaikan ibadah di depan Kaabah.

Banyak kisah tentang jemaah haji dan umrah boleh dijadikan pengajaran dan inspirasi untuk kita yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke sana. Macam kisah seorang jemaah yang uzur dan sedang sakit tenat tapi berkeras nak pergi tanah suci walaupun keadaannya tidak mengizinkan.

Perkongsian pengalaman dari seorang jemaah kami.

loading...

Ada seorang hamba Allah, Pakcik fauzi dari kota bharu, berusia 59 tahun ketika pendaftaran umrah untuk Dec 16 beliau bersunguh sungguh, dengan alasan dia tak dapat pegi haji sebab beliau sakit buah pinggang, kena dialisis selalu.

Di sebabkan sedih tak dapat pegi haji dia berusaha utk menunaikan umrah. Jadi saat pendaftaran pihak syarikat, kami sudah pun maklumkan dimana kebarangkatan bergantung kepada kelulusan doctor.

Beberapa minggu sebelum berangkat kita dapati dia tidak berada dalam kondisi yg berapa baik. Tetapi beliau tetap berkeras nak pergi umrah december sampai telefon menangis-nangis kepada pengurus kumpulan untuk membenarkan dia pergi. Dengan alasan dia nak sangat tengok kaabah sekali, Akhimya DR membenarkan dia pergi dengan syarat kena buat dialisis di Makkah dan Madinah semasa UMRAH.

Alangkah seronoknya Pakcik fauzi apabila dia dapat kebenaran.

Dia msg kepada group leader,

loading...

“Saya doakan supaya dipermudahkan semua urusan dalam menguruskan saya di mekah nanti”.

Tiba saat keberangkatan dia dibawa ke kapal terbang dengan kerusi roda bersama 4 jemaah Iain yg berkerusi roda dan 200 lebih jemaah Iain.

Setelah perjalanan 13jam, dan tambah 3 jam, perjalanan terus masuk ke mekah saat mereka tiba untuk check in hotel, petugas terkejut kerana pakcik fauzi terpaksa didukung dan wajahnya terlampau penat.

Tetapi semangat beliau kuat, dan kami terkejut setelah selesai check In hotel AL safwah Orchid makkah, beliau turun untuk melakukan umrah,tawat saie dengan berjalan kaki, dan beliau berjaya selesai melakukan umrah beliau sendiri ditemani isteri dan anak lelaki remaja beliau.

Setelah pulang ke bilik, beliau mungkin kepenatan dan agak lemah, keesokkan hari pihak kami membawa beliau dan 2 orang lagi pesakit buah pingang untuk rawatan dialisis, setelah selesai keadaan beliau kelihatan masih penat walaupun setelah pulang ke hotel, lewat mlm beliau muntah darah, kami bergegas membawa beliau ke Hospital King Abdul Aziz di makkah.

Setelah rawatan susulan. Beliau dibenarkan pulang untuk berehat, sampai di hotel keadaan beliau masih belum pulih, malah lewat malam semakin parah, keesokkan pagi saya sendiri bersama Mutawait yg berpengalaman bersama anak dan isteri beliau hantar ke bahagian kecemasan Hospital King Abdul Aziz, selesai daftar semua beliau di masukan ke kecemasan, 2 jam setelah di periksa semua beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Memandangkan ICU jadi saya pun harus kembali ke hotel untuk uruskan jemaah di hotel. Saya pun pulang dengan pesanan kalau ada apa2 sila maklumkan segera utk saya ke hospital.

Loading..

 

Kisah ini dikongsikan sendiri oleh pengarah urusan agensi yang menguruskan jemaah ini disana. Sangat sebak dan bacalah untuk iktibar kita semua!

Menangis Nak Pergi Tanah Suci!

Sumber: Halcent Discovery Holidays Sdn Bhd

Via: Biskutmanis

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *