Ibu tergamak bunuh tiga anak sendiri

JOMBANG – INDONESIA. Seorang ibu bertindak di luar batasan norma apabila tergamak membunuh tiga orang anaknya sebelum dia mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Laporan atas talian media tempatan Indonesia melaporkan, wanita yang dikenali sebagai Evy Suliastin Agustin, 26, itu ‘mengambil’ nyawa anak-anaknya dengan memberi mereka minum racun serangga.

“Semua perbuatan pembunuhan wanita itu dilakukan di rumah ibunya yang juga tempat tinggal mereka sekeluarga sejak Evy berpisah dengan suaminya,” ujar Ketua Polis Jombang AKBP Agung Marlianto lapor Detik.Com.

Ujar Agung, ketika kejadian ibu dan adik kandung Evy tiada di rumah.

Difahamkan, rumah berkenaan didiami oleh Evy bersama tiga orang anak kandungnya iaitu, Sayid Mohammad Syaiful Alfaqih , Bara Viadinanda dan Umi Ayu Qurani bersama adik kandung Evy Nurus Shobikhah dan ibu Evy Lismiati.

“Evy dipercayai membawa ketiga-tiga anaknya ke bilik mandi, sebelum memberi mereka minum racun,” ujar Agung lagi.

loading...

Ketiga-tiga adik beradik berkenaan ditemui mati selepas adik Evy pulang ke rumah.

“Sementara itu, Evy ditemui dalam keadaan kritikal,” kata Nurus.

Ketika ini, Evy sedang dirawat di Hospital Jambong.

Polis masih menjalankan siasatan menyeluruh terhadap penyebab kelakuan Evy, sementara siasatan awal mendapati Evy bertindak sedemikian setelah bekas suaminya tidak memberi nafkah selama tiga tahun.

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *