Ini Luahan Sedih Anak Lelaki Mona Fendy Membuatkan Anda Menangis, Sedih Sangat !

Ini ialah petikan luahan isi hati anak mona fendy:

“SIAPA yang ingin dilahirkan sebagai anak pembunuh? Saya tidak minta dilahirkan sebagai anak Mohd Affandi, tetapi Tuhan sudah menentukan begitu. Saya tidak pernah menyesal dilahirkan ke dunia. Sebagai seorang Islam, saya terima takdir saya.

Yang menyedihkan ialah sikap masyarakat yang tidak faham. Mengapa saya turut dipersalahkan di atas perbuatan ayah dan ibu tiri saya? Adakah semua anak pembunuh turut menjadi pembunuh… penjahat?

Bukan sehari dua saya menghadapi tekanan masyarakat, tetapi sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang. Saya diberhenti atau diminta berhenti empat pekerjaan dalam tempoh dua tahun lalu.

Malah, hasrat saya untuk bertunang juga tidak kesampaian apabila keluarga kekasih saya menentang hubungan kami apabila mengetahui saya ada hubungan darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey. Saya cukup tertekan kerana hubungan dengan kekasih sangat baik, walaupun dia tahu latar belakang keluarga saya.

Namun sebaik saja memaklumkan kepada keluarganya, mereka tidak dapat menerima saya dan meminta hubungan kami diputuskan.

loading...

Bayangkan perasaan ibu saya yang sudah membeli cincin dan memaklumkan kepada saudara-mara supaya bersiap sedia kerana akan menghantar rombongan peminangan, tetapi akhirnya terpaksa menebalkan muka memberitahu majlis itu tidak jadi.

Sebelum itu, ketika di kolej saya pernah bercinta dengan dua gadis, tetapi akhirnya terputus selepas mereka mengetahui saya anak Mohd Affandi dan Mona Fandey.

Derita saya bukan hanya dalam percintaan, malah sukan. Saya mewakili Kelantan dan kini Kuala Lumpur dalam acara taekwando. Dalam satu pertandingan, ada peserta mengundurkan diri dan tidak mahu berlawan dengan saya apabila mengetahui saya anak Mohd Affandi kerana bimbang saya membawa ilmu arwah ayah dan ibu tiri saya.

Betapa malu dan rasa terhinanya saya. Adakah mereka menganggap saya tiada kebolehan? Banyak lagi tekanan masyarakat yang cukup mengguris hati, tetapi apalah daya saya. Saya tidak mampu menemui semua orang dan menceritakan kesedihan dan kisah sebenar saya.

Inilah tujuan utama saya mendedahkan diri dan menceritakan kisah saya kepada Metro Ahad. Saya bukan ingin mencari publisiti. Malah, saya bersedia menghadapi ‘serangan’ keluarga kerana yakin saudara-mara yang membaca kisah ini akan marahkan saya.

loading...

Bagaimanapun, saya cuma mahu keadilan. Saya mahu masyarakat faham dan tahu kisah sebenar dan tidak terus menyeksa saya di atas kesalahan yang saya tidak lakukan. Saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti insan lain yang mempunyai kerjaya dan keluarga sendiri.

Terlalu berat rasanya untuk melangkah mengharungi kehidupan hari ini. Bayangkan kerana wajah saya mirip ayah, saya dipaksa makan pelbagai ubat oleh keluarga bertujuan mengemukkan diri supaya orang tidak cam yang saya anak Mohd Affandi.

Saya cuma mahu masyarakat tahu saya hanya membawa nama ayah, tetapi saya tidak pernah menjadi anak ayah. Saya tidak pernah mendapat kasih sayang ayah kerana arwah (Mohd Affandi) meninggalkan ibu ketika saya dalam kandungan.

Saya tidak pernah tahu siapa ayah saya sehingga saya berusia sembilan tahun apabila ibu memanggil saya dan memberitahu yang ayah saya masih hidup. Ketika itu pun saya hanya melihat wajah arwah di televisyen kerana didakwa atas tuduhan membunuh.

Berikutan terlalu gembira saya sebenarnya ada ayah, saya bercerita kepada rakan di sekolah bahawa Mohd Affandi itu ayah saya. Biasalah sebagai kanak-kanak, kita tidak dapat memikirkan baik dan buruknya.

Akhirnya saya menjadi mangsa cercaan dan yang paling saya tidak dapat bersabar apabila mereka menghina dan sindir saya dengan mengaitkan nama ayah saya.

Kata-kata yang paling saya tidak dapat dengar dan terima ialah “engkau nak jadi macam bapa engkau. Bapa engkau pembunuh.” Kata-kata itu menyebabkan saya menjadi ‘panas hati’ dan selalu bergaduh.

Sebab itu saya belajar taekawondo ketika berusia 12 tahun. Saya menjadikan gelanggang taekwondo sebagai tempat melepaskan geram dan perasaan marah hingga memperoleh tali pinggang hitam.

Kali pertama saya berjumpa arwah ayah di Penjara Kajang ketika berusia 16 tahun. Bukan seperti kanak-kanak dan remaja lain yang membesar dengan kasih sayang ayah mereka, bayangkan saya berjumpa ayah kandung buat kali pertama di penjara.

Affandi disabitkan turut terbabit dalam kes pembunuhan tersebut.

Sebaik saya memasuki bilik perjumpaan tahanan dengan waris dan mengangkat telefon, ayah memanggil nama saya. Saya terkejut kerana walaupun tidak pernah berjumpa, ayah mengenali saya.

Pada pertemuan itu, ayah hanya bertanya khabar dan perkembangan saya. Pesanan ayah saya ingat hingga ke hari ini iaitu supaya jangan setakat belajar taekwondo, belajar juga silat.

Selepas itu, saya sering mengutus surat kepada ayah dan pernah berjumpanya dua kali sebelum saya menerima berita ayah akan dihukum gantung keesokannya (2 November 2001). Sebenarnya keluarga saya mengetahui tarikh hukuman itu seminggu lebih awal, tetapi merahsiakannya dan hanya memaklumkan kepada saya pada hari terakhir.

Saya dan keluarga bertolak dari Pantai Cahaya Bulan (Kelantan) ke Penjara Kajang pada 1 November 2001. Seingat saya, kami bertolak menaiki empat kenderaan. Sejurus tiba pada hari sama, ayah mahu berjumpa saya bersendirian manakala yang lain tidak dibenarkan masuk.

Saya di dalam bilik selama tiga jam bersama ayah. Itu kali pertama kami bersentuhan kerana sebelum itu kami dipisahkan oleh dinding kaca dan hanya berbual menerusi telefon.

Saya masih ingat kata-kata ayah yang mengaku dia tidak bersalah. Menurutnya, dia tidak membunuh Datuk Mazlan (Idris), sebaliknya semua itu angkara Mona dan Juraimi Husin. Bagaimanapun, arwah berkata dia menerima takdirnya.

Saya difahamkan oleh petugas penjara, ayah berpuasa selama tiga tahun secara berterusan sehingga hari kematiannya.

Saya tidak tahu adakah ayah berpuasa kerana insaf di atas apa yang berlaku. Saya tidak berhak memberi pandangan dan andaian kerana itu antara ayah dan Allah SWT.

Yang pasti, ayah sudah menerima balasannya. Yang menghairankan ialah, mengapa masyarakat masih menghukum zuriatnya yang tidak tahu menahu mengenai kejadian (pembunuhan Mazlan) yang berlaku.

Kami semuanya tiga beradik (daripada zuriat Mohd Affandi). Abang saya berusia 27 tahun adalah anak hasil perkahwinan pertama manakala adik perempuan saya, Mazdiana, kini 18 tahun, adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Mona.

Setiap kami mempunyai pengalaman sedih. Bagaimanapun, antara ketiga-tiga anak ayah, saya seorang yang berjaya disembunyikan daripada media hinggalah hari pengebumian ayah.

Sejak itu hidup saya berubah. Saya tidak tahu bila derita saya akan berakhir, tetapi saya tidak berhenti berdoa.

Kepada masyarakat yang membaca kisah saya, saya hanya berharap mereka faham, saya juga ciptaan Allah yang ingin melalui kehidupan dengan penuh ketenangan.

Sumber : mediapanas via pawer viral

Kerja Di KL Gaji RM 900 Tapi Aku Dapat 6K Sebab Hari-Hari Aku Buat Kerja Ni..

Aku ni perempuan biasa je, biasa biasa je haha. So nak share pengalaman aku. Kalau ikutkan, asalnya aku ni bukan jenis yang selalu sedekah, kdang fikir peruti sndri je. Tapi sebabkan mak, bapak, kakak aku memang suka sedekah, kadang malu juga dengan diri sndri. Mak aku selalu nasihat post kt group whatsapp tentang sedekah ni. bila baca tu insaf la kejap, pastu lupa.

So satu hari tu, aku kena buang keje, sebab bos tu tak mampu nak gajikan ramai ramai. Stress jangan cakap la. Tetiba, Allah nak tolong la, kak sedara aku cakap kt ofis dia nak pakai org. So aku mula keje, sebagai debt collector. Gaji basic 900, tolak epf socso smualah. kalau nak lebih, kena collect hutang lebih la baru dapat komisen. tiap bulan mmg tak ckup la 900 tu tambah kau kerja kt kl ni. Tapi tetiba satu hari tu, aku mula memberi. otw nak balik kerja ikut train, mana aku jumpa org minta sedekah ke jual tisu ke aku bagi. Kdang aku beli makanan. Memang takde niat apa, rasa macam dah tiba masa aku amalkan apa yang aku duk selalu baca mak aku post bab sedekah. Alhamdulillah kuasa Allah, 3 bulan komisen aku cecah 6k. Umur aku baru je 18 time tu. Cuba korang bayang, pengalaman pun takde, tapi Allah permudahkan urusan, ada je orang tetiba nak bayar hutang, baru kuarkan duit epf lah apalah. Since tu aku dh mula nampak kuasa sedekah.

Next,mula tahun lepas. Aku mula nak try dropship dropship ni. Dua minggu mula,memang takde lansung customer. post bab produk jgn cakap, naik malu dah muka ni sana sini post pasal barang aku jual tu. Time tu aku jual mcm baju baju, jam beg kasut mcmtu. pastu spread la bab yang memerlukan bantuan sebab rumah dia terbakar. Aku tak fikir panjang trus bank in je bape aku mmpu, padahal time tu aku pun kais pagi makan pagi gak. Besok tu pun ada gak spread pasal minta bantuan anak nak pembedahan jantung tak silap aku. Aku pun bantu juga lagi. So relaks lagi,dua hari promote pun takde juga orang. Kali ketiga rasa mcm nak give up dah, mungkin bukan bidang aku dropship ni. Tapi dah kalau rezeki kan , Allah tetiba ada orang pm aku, nak order baju. Post tu dh lama kut! Sampai aku pun dh tak ingt harga bape, kelam kabut wei serious. Dia nak borong rasa aku, pastu mula la hari hari orang order, sampai kan aku tak ckup tngn. Untung bersih aku dapat dlm 500 lebih tak silap aku. Happy dia jangan cakap la syukur alhamdulillah happy, aku boleh belikan mak aku magicpan la, sambut birthday bapak aku, belikan kakak aku jam.

Sejak dari itu lah, aku mula jadikan sedekah ni habit harian. Tapi tipu la la kalau kata mmg hari hari aku sedekah, kdang tu pun aku terlupa. Tp bila ingt, kita buat. Buat kena niat tanpa mengharapkan balasan dari Allah . Niat kau sedekah, memang kau nak ringan kan beban seseorang tu. InshaaAllah, kau akan nampak keberkatan tu. Mungkin kau takkan dapat wang sekebuk rtus ratus depan mata, tapi Allah akan bagi nikmat yang, kereta kau mungkin tak rosak, tak ada barang hilang, dapat bonus. Takde sakit yang memudaratkan. InshaaAllah, keberkatan tu msti ada. 900 pun msti kau rasa ckup, entah entah rasa lebih. kau rasa mustahil ? Kau try la buat. Aku doakan, amin.

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *