Jangan Tinggalkan Dua Amalan Sunnah Selepas Solat Subuh Dan Magrib. SubhanaAllah, Anda Pasti Tidak Akan Meninggalkan Amalan Ini!

Jangan Tinggalkan Dua Amalan Sunnah Selepas Solat Subuh Dan Magrib. SubhanaAllah, Anda Pasti Tidak Akan Meninggalkan Amalan Ini!

Pertama : Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :

loading...

اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار

“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”

Boleh juga membaca :

اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار

“ Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”

loading...

Apakah fadilat amalan yang pertama?

Hadis daripada Abu Zar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)

Imam an-Nasa’I menambah, “ Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”

Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”

Apa pula fadilat amalan yang kedua?

Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)

Semoga menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T serta ditempatkan di SyurgaNya..insyaAllah

.

“Kepala B0tak Ingatkan Suami Saya Rupa-rupanya Kawan Dia Yg R4tah Tvbuh Saya Malam Tu..”

Seorang anggota tentera dihukum penjara 13 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang hari ini selepas didapati bersalah merogol isteri rakannya ketika menumpang tidur di rumah mangsa, tahun lalu.

Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Koperal Mohd Zulkarnain Abdul Razak, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Gambar hiasan

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum (hari ini).

Seramai 10 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 2016.

Ketika rayuan, peguam tertuduh, Mohd Azhar Mohd Ghazali memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira jasa anak guamnnya kepada negara yang telah 18 tahun berkhidmat dalam pasukan tentera.

“Tertuduh juga mempunyai seorang anak kecil berumur lapan tahun. Jika satu tempoh pemenjaraan yang panjang diberikan, tertuduh akan kehilangan semua keistimewaan yang dikecapi sepanjang perkhidmatan dalam tentera dan anaknya juga akan berhadapan dengan stigma masyarakat dengan pemenjaraan bapanya ini,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, M.Arunjothy memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam, trauma, emosi dan malu yang dihadapi mangsa dan keluarganya ekoran kejadian itu.

Pada 22 Julai 2016, Mohd Zulkarnain mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa berusia 25 tahun 10 bulan di dalam bilik tidur rumah mangsa di sebuah pangsapuri di ibunegara pada jam 3.30 pagi, 12 Julai 2016.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, semasa mangsa sedang tidur bersama anaknya di dalam bilik, mangsa tersedar apabila merasakan dia dihempap dan dalam keadaan gelap dan separuh sedar kerana mengantuk, mangsa merasakan ada berlaku kemasukan ke dalam kemaluannya.

Lalu wanita itu membuka matanya sedikit dan melihat seorang lelaki berkepala botak yang mana mangsa menyangka lelaki itu adalah suaminya kerana suaminya juga berkepala botak.

Tertuduh juga cuba untuk meliwat mangsa menyebabkan mangsa terkejut lalu bangun dan melihat lelaki itu bukan suaminya sebaliknya adalah rakan suaminya yang ketika itu dalam keadaan bogel.

Mangsa menjerit namun tertuduh menyuruh mangsa supaya tidak bising dan dia segera memakai pakaiannya dan meninggalkan mangsa sebelum mangsa menghubungi suaminya yang ketika itu tiada di rumah.

Difahamkan tertuduh telah datang ke rumah rakannya itu untuk menumpang tidur selama sehari. – Bernama

jadikan info ini sebagai pengajaran. zaman sekarang semua tidak boleh dipercayai kejadian kawan rogol bini kawan bukanlah kes yang pertama sebaliknya ia telah berlaku sebelum ini

Ini antara kisah yang sama isteri dirogol kawan suami

Terpegun dengan kelunakan suara isteri rakannya dijadikan alasan seorang lelaki untuk memperkosa wanita terbabit ketika ketiadaan suami di rumah. Dalam kejadian jam 8 malam, suspek dikatakan memperkosa wanita berusia 17 tahun itu.

Sumber berkata, suspek berusia 20-an dikatakan turut menyewa sebuah bilik di kediaman terbabit.

Menurutnya, mangsa dan suami dikatakan mengemas rumah berkenaan sebelum suspek diminta turut sama membantu.

“Bagaimanapun suami mangsa memberitahu terpaksa meninggalkan rumah seketika berikutan mempunyai urusan kerja.

“Mangsa dan suspek kemudian menyambung tugas mengemas rumah sebelum mangsa masuk ke dalam bilik sambil bernyanyi,” katanya.

Tindakan itu dikatakan menyebabkan suspek ‘jatuh hati’ dengan kelunakan suara mangsa sebelum suspek meminta mangsa mengajarnya menyanyi.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila suspek bertindak kasar menarik rambutnya sebelum diseret ke dalam bilik.

“Suspek kemudian terus menanggalkan pakaian mangsa dan memperkosanya tanpa belas kasihan.

“Malah, suspek memberi idea gila dengan menyuruh mangsa bercerai dengan suami dan berkahwin dengannya,” katanya.

Dia berkata, suami mangsa yang pulang tidak lama kemudian terkejut melihat keadaan isterinya sebelum bertanya apa yang berlaku.

“Suami mangsa berang selepas mengetahui isterinya diperkosa sebelum memukul dan menangkap suspek.

“Suspek kemudian dibawa ke Balai, sebelum diserahkan kepada polis,” katanya. Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber:sehinggit

.

Budak Zaman Sekarang, Tak Reti Malu! Depan Kedai Makan Pun Jadi!

Makin teruk ke akhlak generasi sekarang? Buktinya mereka boleh selamba sahaja membuat maksiat di depan orang ramai, depan kedai makan pula tu.

Gambar yang dimuat naik di laman Instagram Ryzalsyahputra ini sudah cukup buat sesiapa pun sakit mata!

Menurutnya, kejadian berlaku di SS15 Subang Jaya ketika dia sedang menjamu selera bersama anak buahnya.

Disebabkan dindingnya adalah cermin, nampak jelas sepasang kekasih yang sedang asyik bercumbuan.

“Hangin seluruh badan aku, bukan sikit-sikit punya cium, dahlah pakai baju sekolah!” tulisnya.

Tak berhenti di situ, selepas dihalau oleh pengawal keselamatan di situ pun mereka masih tak peduli.

Bila ditanya, “Melayu ke?”, budak lelaki tersebut hanya mengangguk-anggukkan kepala dan sambung lagi aksi terlampau tadi di hujung sebelah sana pula!

Netizen yang membaca kisah ini punya pendapat masing-masing, kebanyakannya marah dan kecewa dengan sikap remaja terbabit.

Sebagai ibu bapa, eloklah kita luangkan lebih waktu dalam memantau perlakuan anak-anak. Sedihnya bila nafsu dah menguasai akal, macam binatang pula boleh berasmara di mana sahaja

 

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *