‘Kami berjuang dapatkan duit curi, tapi dituduh pembelot’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini meluahkan perasaannya yang dituduh pembelot sebelum ini.

Sedangkan, katanya, beliau dan bos SPRM sebelum ini Tan Sri Abu Kassim Mohamed hanya “berjuang dapatkan duit yang dicuri dari rakyat Malaysia”.

Shukri juga berkata beliau hanya seorang pejuang antirasuah dan tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan.

Malah, katanya, beliau tidak mempunyai kuasa pun untuk berbuat demikian.
SPRM: Putera Arab tak dapat buktikan ‘derma’ RM2.6 bilion
Putera diraja Arab Saudi yang dikatakan “menderma” RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menunjukkan dokumen sokongan bagi membuktikan perkara itu.

Perkara itu didedahkan oleh ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru Datuk Seri Shukri Abdull dalam sidang media di Putrajaya tadi.
Dua kali SPRM menghadap Majlis Raja-Raja tapi…
Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah menghadap Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

loading...

Bagaimanapun, ketua pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata mereka akhirnya kecewa dengan hasil pertemuan berkenaan.

Pertemuan itu berlaku pada tahun 2015, ketika SPRM masih aktif menyiasat akaun Najib.

“Kami bertemu Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali. Kami dua kali bertemu dengan mereka.

“Tetapi kami kecewa,” kata Mohd Shukri dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRM hari ini.

Sumber:malaysiakini

loading...
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *