MENJELANG KIAMAT, AL QURAN AKAN DIANGKAT! NASKHAH AL QURAN DI PERAK INI SUDAH KOSONG TANPA SURAH!

Menjelang Kiamat, Al Quran akan diangkat ke langit secara sekaligus sehingga terdengar bunyi dengungan seumpama bunyi lebah , tiada ayat al Quran pun akan tinggal di atas muka Bumi ini. Adakah masa itu sudah tiba sekarang?ย ๐Ÿ˜ž

Mohamad Khori menunjukkan perbandingan dua muka surat ayat al-Quran hilang di satu naskhah dengan naskhah al-Quran lain di Masjid Hijau Kampung Kedah, pagi tadi.

PARIT BUNTAR โ€“ Seorang naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar tidak menyangka dua muka surat ayat suci al-Quran milik Masjid Hijau, Kampung Kedah di sini, lenyap sewaktu hendak membacanya pagi tadi.

Mohamad Khori Junus berkata, lebih kurang jam 11.05 pagi, dia menunaikan solat sunat di masjid berkenaan dan berhajat membacakan Surah Al-Waqiโ€™ah sementara menunggu kehadiran pasangan pengantin untuk dijalankan upacara akad nikah.

Menurutnya, dia segera mengambil salah satu naskhah al-Quran yang diletakkan di bahagian mimbar masjid dan terkejut mendapati sebahagian besar ayat Surah Ar-Rahman dan permulaan ayat Surah Al-Waqiโ€™ah yang ingin dibaca โ€˜hilangโ€™ ketika membukanya.

loading...

โ€œSaya sangat terkejut dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kebetulan turut berada di situ bagi menjadi saksi nikah.

โ€œBeliau (imam masjid) memaklumkan tidak pernah mengetahui terdapat sebarang naskhah al-Quran tidak sempurna disimpan pihak masjid dan meminta saya memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk),โ€ katanya kepada media di sini hari ini.

Mohamad Khori berkata, hasil pemeriksaannya mendapati sebahagian ayat dari Surah Ar-Rahman yang hilang bermula ayat 41 hingga ayat 78, manakala ayat dari Surah Al-Waqiโ€™ah pula bermula ayat pertama sehingga ayat 16.

Menurutnya, pada mulanya dia menganggap mungkin berlaku kesilapan pencetakan pada naskhah al-Quran Resam Uthmani yang merupakan cetakan keempat pada sembilan tahun lalu.

โ€œNamun, apabila memikirkan proses pencetakan al-Quran perlu melalui prosedur amat ketat oleh panel pemeriksaan dilantik Jabatan Kemajuan islam Malaysia (Jakim), saya memutuskan penemuan ayat al-Quran hilang mungkin merupakan satu peringatan kepada umat Islam,โ€ katanya.

loading...

Lebih mengejutkan, Mohamad Khori mendedahkan intipati sebahagian ayat al-Quran hilang terutama ayat permulaan Surah Al-Waqiโ€™ah menceritakan tentang kejadian-kejadian besar pada hari kiamat.

โ€œDewasa kini, amalan membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam di negara ini dilihat semakin berkurangan terutama dalam kalangan golongan muda.

โ€œSaya berharap penemuan ini tidak disalah tafsir, sebaliknya dijadikan iktibar dan pedoman buat diri saya dan seluruh umat Islam untuk kembali taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulnya,โ€ katanya.

Mohamad Khori turut mendedahkan pengalaman ini pertama kali dialaminya dan berharap perkongsian pengalaman itu dapat mengingatkan umat Islam supaya kembali mengimarahkan bacaan al-Quran setiap masa.

ุงู„ู„ู‘ู‡ู… ุทู‡ู‘ุฑ ู„ุณุงู†ูŠ ู…ู† ุงู„ูƒุฐุจ ุŒ ูˆู‚ู„ุจูŠ ู…ู† ุงู„ู†ูุงู‚ ุŒ ูˆุนู…ู„ูŠ ู…ู† ุงู„ุฑูŠุงุก ุŒ ูˆุจุตุฑูŠ ู…ู† ุงู„ุฎูŠุงู†ุฉ ,, ูุฅู†ู‘ูƒ ุชุนู„ู… ุฎุงุฆู†ุฉ ุงู„ุฃุนูŠู† ,, ูˆู…ุง ุชุฎููŠ ุงู„ุตุฏูˆุฑ

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุณุชูŽุฎุฏูู…ู†ูŠ ูˆู„ุงูŽ ุชุณุชูŽุจุฏูู„ู†ูŠุŒ ูˆุงู†ููŽุน ุจูŠูุŒ ูˆุงุฌุนูŽู„ ุนูŽู…ู„ูŠ ุฎูŽุงู„ุตุงู‹ ู„ููˆุฌู‡ูƒ ุงู„ูƒูŽุฑูŠู… โ€ฆ ูŠุง ุงู„ู„ู‡

ุงู„ู„ู‡ู€ู€ู… ุงุฌุนู„ ุนู…ู„ูŠ ุนู„ู‰ ุชู…ุจู€ู„ุฑ ุตุงู„ุญุงู‹,, ูˆุงุฌุนู„ู‡ ู„ูˆุฌู‡ูƒ ุฎุงู„ุตุงู‹,, ูˆู„ุง ุชุฌุนู„ ู„ุฃุญุฏ ููŠู‡ ุดูŠุฆุงู‹ ,, ูˆุชู‚ุจู„ ู…ู†ูŠ ูˆุงุฌุนู„ู‡ ู†ูˆุฑุง ู„ูŠ ููŠ ู‚ุจุฑูŠ,, ูˆุญุณู† ุฎุงุชู…ุฉ ู„ูŠ ุนู†ุฏ ู…ู…ุงุชูŠ ,, ูˆู†ุฌุงุฉู‹ ู…ู† ุงู„ู†ุงุฑ ูˆู…ุบูุฑุฉู‹ ู…ู† ูƒู„ ุฐู†ุจ

ูŠุงุฑุจ ูŠุงุฑุจ ูŠุงุฑุจ

Perasankah kita bila nanti terdengar bunyi lebah..mencarikah kita di mana bunyi itu..memandangkah kita ke langit melihat bunyi itu di mana..hairankah kita waktu itu kenapa banyak bunyi lebah..lalu timbulkah rasa penyesalan..

ุญุฏุซู†ุง โ€ โ€ุนู„ูŠ ุจู† ู…ุญู…ุฏ โ€ โ€ุญุฏุซู†ุง โ€ โ€ุฃุจูˆ ู…ุนุงูˆูŠุฉ โ€ โ€ุนู† โ€ โ€ุฃุจูŠ ู…ุงู„ูƒ ุงู„ุฃุดุฌุนูŠ โ€ โ€ุนู† โ€ โ€ุฑุจุนูŠ ุจู† ุญุฑุงุด โ€ โ€ุนู† โ€ โ€ุญุฐูŠูุฉ ุจู† ุงู„ูŠู…ุงู† โ€ โ€ู‚ุงู„ โ€
ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ โ€ โ€ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… โ€ โ€ ูŠุฏุฑุณ โ€ โ€ ุงู„ุฅุณู„ุงู… ูƒู…ุง โ€ โ€ ูŠุฏุฑุณ โ€ โ€ูˆุดูŠ ุงู„ุซูˆุจ ุญุชู‰ ู„ุง ูŠุฏุฑู‰ ู…ุง ุตูŠุงู… ูˆู„ุง ุตู„ุงุฉ ูˆู„ุง โ€ โ€ู†ุณูƒ โ€ โ€ูˆู„ุง ุตุฏู‚ุฉ ูˆู„ูŠุณุฑู‰ ุนู„ู‰ ูƒุชุงุจ ุงู„ู„ู‡ ุนุฒ ูˆุฌู„ ููŠ ู„ูŠู„ุฉ ูู„ุง ูŠุจู‚ู‰ ููŠ ุงู„ุฃุฑุถ ู…ู†ู‡ ุขูŠุฉ ูˆุชุจู‚ู‰ ุทูˆุงุฆู ู…ู† ุงู„ู†ุงุณ ุงู„ุดูŠุฎ ุงู„ูƒุจูŠุฑ ูˆุงู„ุนุฌูˆุฒ ูŠู‚ูˆู„ูˆู† ุฃุฏุฑูƒู†ุง ุขุจุงุกู†ุง ุนู„ู‰ ู‡ุฐู‡ ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูู†ุญู† ู†ู‚ูˆู„ู‡ุง โ€
ูู‚ุงู„ โ€ โ€ู„ู‡ โ€ โ€ุตู„ุฉ โ€ โ€ู…ุง ุชุบู†ูŠ ุนู†ู‡ู… ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆู‡ู… ู„ุง ูŠุฏุฑูˆู† ู…ุง ุตู„ุงุฉ ูˆู„ุง ุตูŠุงู… ูˆู„ุง โ€ โ€ู†ุณูƒ โ€ โ€ูˆู„ุง ุตุฏู‚ุฉ ูุฃุนุฑุถ ุนู†ู‡ โ€ โ€ุญุฐูŠูุฉ โ€ โ€ุซู… ุฑุฏู‡ุง ุนู„ูŠู‡ ุซู„ุงุซุง ูƒู„ ุฐู„ูƒ ูŠุนุฑุถ ุนู†ู‡ โ€ โ€ุญุฐูŠูุฉ โ€ โ€ุซู… ุฃู‚ุจู„ ุนู„ูŠู‡ ููŠ ุงู„ุซุงู„ุซุฉ ูู‚ุงู„ ูŠุง โ€ โ€ุตู„ุฉ โ€ โ€ุชู†ุฌูŠู‡ู… ู…ู† ุงู„ู†ุงุฑ ุซู„ุงุซุง โ€
(HR Ibn Majah:4039; )

Hudzaifah bin Al-Yamani RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Islam akan luntur sebagaimana lunturnya corak pada pakaian sehingga tidak dikenali lagi apa itu puasa. apa itu solat, apa itu haji, apa itu sedekah (zakat). Dan (pada ketika itulah) diangkat Kitabullah (Al-Qurโ€™an) pada satu malam sehingga tidak tinggal di bumi ini walau satu ayat pun. Yang tinggal hanyalah segolongan manusia yang tua bangka, mereka berkata: Kami dapati daripada nenek moyang kami kalimah โ€œLaailaahaillallahโ€ maka kami pun menyebutkannya.

Bermaksud:

Manusia sudah tidak lagi mengenal ๏บ๏ทฒ . Manusia tidak lagi tahu untuk menyebut dan memahami erti kalimah tauhid . Keimanan telah luput dari hati mereka.

Kemudian berkata Shilah kepada Hudzaifah: Adakah cukup bagi mereka kalimah โ€œLaailaahaillallahโ€ sedangakan mereka tidak menegtahui apa itu solat, puasa, haji dan sedekah (zakat)?. Hudzaifah berpaling. Kemudian diulang soalan itu sebanyak tiga kali. Akhirnya barulah Hudzaifah menjawab: Wahai Shilah (Kalimah itu) akan menyelamatkan mereka daripada api neraka (jawapan ini diulang sebanyak tiga kali).

ุงู„ุฑุงูˆูŠ: ุญุฐูŠูุฉ ุจู† ุงู„ูŠู…ุงู† ุงู„ู…ุญุฏุซ: ุงู„ุฃู„ุจุงู†ูŠ โ€“ ุงู„ู…ุตุฏุฑ: ุงู„ุณู„ุณู„ุฉ ุงู„ุตุญูŠุญุฉ โ€“ ุงู„ุตูุญุฉ ุฃูˆ ุงู„ุฑู‚ู…: 87
ุฎู„ุงุตุฉ ุงู„ุฏุฑุฌุฉ: ุตุญูŠุญ ุนู„ู‰ ุดุฑุท ู…ุณู„ู…

Shaikh al-Albani menyatakan hadith ini sahih di atas syarat Muslim di dalam Silsilah Ahadith as-Sahihah no:87

Quran akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah. (Bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah) Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti โ€˜ada bendaโ€™ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.โ€

Diangkat Huruf al-Quran :

Erti huruf al-Quran diangkat ialah huruf-huruf di dalam kitab suci al-Quran akan hilang. Terdapat 2 pendapat mengenai hilangnya huruf al-Quran ini.

-Huruf-huruf al-Quran memang benar-benar hilang dari mushafnya. Al-Quran

akan menjadi kosong dari segala huruf.

-Al-Quran itu hilang dari amalan manusia. Sebelum hilangnya al-Quran dari hidup manusia, akan ada tanda-tandanya terlebih dahulu.
* ramai penghafal al-Quran akan meninggal dunia tanpa ada penggantinya. *Manusia akan jauh dari al-Quran kerana tidak lagi fasih membacanya dan tiada yang boleh mengajarnya.
*Tiada seorang manusia pun yang boleh membaca al-Quran.

Selagi Quran masih ada selagi itu diampunkan dosa kita. Pintu taubat masih terbuka selagi ayat-ayat quran yang dihafal belum dihilangkan dari dada orang Islam. Abdulllah bin Masโ€™ud berkata, โ€œSungguh, kelak Al-Quran akan dicabut dari dada kamu, dalam satu malam, dihilangkan dari hafalan semua orang, sehingga di bumi ini tidak tersisa lagi sedikitpun.โ€ (Thabrani)

Quran akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah. (Bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah) Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti โ€˜ada bendaโ€™ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.

Bagi athar yg diriwayatkan oleh Imam al-Thabrani daripada Abdullah bin Masโ€™ud:

ุนูŽู†ู’ ุดูŽุฏู‘ูŽุงุฏู ุจู’ู†ู ู…ูŽุนู’ู‚ูู„ู ุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุงุจู’ู†ูŽ ู…ูŽุณู’ุนููˆุฏู ุŒ ูŠูŽู‚ููˆู„ู : โ€ ุฅูู†ู‘ูŽ ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ูŽ ู…ูŽุง ุชูŽูู’ู‚ูุฏููˆู†ูŽ ู…ูู†ู’ ุฏููŠู†ููƒูู…ู ุงู„ุฃูŽู…ูŽุงู†ูŽุฉูŽ ุŒ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ุขุฎูุฑูŽ ู…ูŽุง ูŠูŽุจู’ู‚ูŽู‰ ู…ูู†ู’ ุฏููŠู†ููƒูู…ู ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงุฉู ุŒ ูˆูŽู„ูŽูŠูุตูŽู„ู‘ููŠูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ู„ุง ุฏููŠู†ูŽ ู„ูŽู‡ูู…ู’ ุŒ ูˆูŽู„ูŽูŠูู†ู’ุชูŽุฒูŽุนูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ู…ูู†ู’ ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุฃูŽุธู’ู‡ูุฑููƒูู…ู’ โ€ ุŒ ู‚ูŽุงู„ููˆุง : ูŠูŽุง ุฃูŽุจูŽุง ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุŒ ุฃูŽู„ูŽุณู’ู†ูŽุง ู†ูŽู‚ู’ุฑูŽุฃู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ุŒ ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽุซู’ุจูŽุชู’ู†ูŽุงู‡ู ูููŠ ู…ูŽุตูŽุงุญูููู†ูŽุง ุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ : โ€ ูŠูุณู’ุฑูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ู„ูŽูŠู’ู„ุง ุŒ ููŽูŠูุฐู’ู‡ูŽุจู ุจูู‡ู ู…ูู†ู’ ุฃูŽุฌู’ูˆูŽุงูู ุงู„ุฑู‘ูุฌูŽุงู„ู ุŒ ููŽู„ุง ูŠูŽุจู’ู‚ูŽู‰ ู…ูู†ู’ู‡ู ุดูŽูŠุกูŒ

Daripada Syaddad bin Maโ€™qil: Aku telah mendengar Ibn Masโ€™ud berkata:

โ€œSesungguhnya awal-awal yang akan lenyap daripada agama kalian ialah amanah dan sesungguhnya perkara terakhir yang tinggal daripada agama kalian ialah solat. Dan (kelak) pastilah akan bersolat suatu kaum yang tiada agama lagi bagi mereka. Dan (kelak) pastilah dicabut al-Qurโ€™an di sisi kalian.โ€ Mereka berkata: โ€œWahai Abu Abd al-Rahman! Bukankah kami membaca al-Qurโ€™an dan kami telah menetapkannya (menuliskannya) dalam mashaf-mashaf

kami?โ€ Beliau berkata:โ€Dibawa pergi atasnya (al-Qurโ€™an) pada satu malam, lalu dihilangkan dengannya daripada dada-dada orang. Maka tidak tertinggal (al-Qurโ€™an) itu walau sedikitpun!โ€

[ Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (5981) dan melaluinya al-Thabrani dalam Muโ€™jam al-Kabir(8700) ]

Telah berkata Dr. Yusuf bin Abdullah bin Yusuf al-Wabil dalam kitabnya Asyrath al-Saaโ€™ah (m/s: 135): โ€œRiwayat al-Thabrani, perawinya perawi sahih melainkan Syaddad bin Maโ€™qal, dan dia thiqah.โ€ [Majmaโ€™ al-Zawaaid(329-330/7)] dan telah berkata Ibn Hajar: โ€œSanadnya sahih akan tetapi mauquf.โ€ [Fath al-Bari (16/13)].

Syaddad bin Maโ€™qil ini saya lihat tiada yang menilainya thiqah melainkan Ibn Hibban. Imam Abu Hatim (Jarh wa al-Taโ€™dil) dan Imam al-Bukhari (Tarikh al-Kabir) ada menyebut tentangnya dalam kitab masing-masing tetapi mereka tidak menโ€™jarhโ€™nya ataupun menโ€™taโ€™dilโ€™kannya. Imam al-Bukhari juga meriwayatkan hadith yang sama juga melalui Syaddad ini dalam kitabnya yang lain iaitu Khalq Afaal al-Ibaad yang kelak nanti saya akan menyebutkannya, Insyaโ€™ Allahโ€ฆ

Abdullah bin Masโ€™ud menyebutkan athar ini dalam mentafsirkan ayat 86 daripada Surah al-Israaโ€™:

ูˆูŽู„ูŽุฆูู†ู’ ุดูุฆู’ู†ูŽุง ู„ูŽู†ูŽุฐู’ู‡ูŽุจูŽู†ู‘ูŽ ุจูุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุฃูŽูˆู’ุญูŽูŠู’ู†ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ุซูู…ู‘ูŽ ู„ูŽุง ุชูŽุฌูุฏู ู„ูŽูƒูŽ ุจูู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง ูˆูŽูƒููŠู„ู‹
โ€œDan jika kami kehendaki pastilah kami akan hilangkan apa yang telah kami wahyukan kepadamu (Muhammad), kemudian tidak kamu dapati bagi kamu dengannya atas kami penolong.โ€

Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam Khalq Afโ€™aal al-โ€˜Ibaad (381) Abdullah bin Masโ€™ud telah berkata::

ุฅูู†ู‘ูŽ ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุธูŽู‡ู’ุฑูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูŠููˆุดููƒู ุฃูŽู†ู’ ูŠูู†ู’ุฒูŽุนูŽ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ โ€ ุŒ ู‚ูู„ู’ุชู : ูŠูŽุง ุนูŽุจู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ูŽ ู…ูŽุณู’ุนููˆุฏู ูƒูŽูŠู’ููŽ ูŠูู†ู’ุฒูŽุนู ู…ูู†ู‘ูŽุง ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽุซู’ุจูŽุชูŽู‡ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูููŠ ู‚ูู„ููˆุจูู†ูŽุง ุŒ ูˆูŽุฃูŽุซู’ุจูŽุชู’ู†ูŽุงู‡ู ูููŠ ู…ูŽุตูŽุงุญูููู†ูŽุง ุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ : โ€ ูŠูŽุณู’ุฑููŠ ูููŠ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุŒ ููŽูŠูŽู†ู’ุชูŽุฒูุนู ู…ูŽุง ูููŠ ุงู„ู’ู‚ูู„ููˆุจู ุŒ ูˆูŽูŠูŽุฐู’ู‡ูŽุจู ุจูู…ูŽุง ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽุตูŽุงุญููู โ€ ุซูู…ู‘ูŽ ุชูŽู„ุง : ูˆูŽู„ูŽุฆูู†ู’ ุดูุฆู’ู†ูŽุง ู„ูŽู†ูŽุฐู’ู‡ูŽุจูŽู†ู‘ูŽ ุจูุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุฃูŽูˆู’ุญูŽูŠู’ู†ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ุณูˆุฑุฉ ุงู„ุฅุณุฑุงุก ุขูŠุฉ 86โ€ณ

โ€œSesungguhnya al-Qurโ€™an ini yang berada di sisi kalian kelak akan dicabut daripada kalian.โ€ Aku (Syaddad) berkata: Wahai Abdullah bin Masโ€™ud,

bagaimana akan tercabut daripda kami sedangkan ALLAH telah menetapkannya dalam hati-hati kami dan kami telah menetapkannya dalam mashaf-mashaf kami.โ€ Beliau berkata: โ€œ(Al-Qurโ€™an) akan dibawa pergi dalam satu malam. maka pasti akan dicabut apa-apa (ayat al-Qurโ€™an yang ada) dalam hati dan dihilangkan apa-apa yang ada dari mashaf.โ€ Kemudian beliau membaca [Ayat 86 Surah Israaโ€™].

Imam Abu Jaโ€™far al-Thabari juga meriwayatkan athar yang sama dalam Kitab Jamiโ€™ al-Bayan ketika mentafsirkan ayat tersebut.

Athar ini diriwayatkan melalui beberapa jalan yang bertemu dengan Syaddad bin maโ€™qil daripada Abdullah bin Masโ€™ud.
Namun begitu athar ini juga diriwayatkan melalui jalan yang lain kepada Abdullah, hanyasanya saya tidak menyebutkannya sahaja kerana terlalu panjang.

Dalam riwayat yang dilaporkan oleh Imam Abu Muhammad (Imam al-Darimi) terdapat sebahagian lafaz seperti dalam petikan yang ditanya:

Quran akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah. (Bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah) Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti โ€˜ada bendaโ€™ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.

ุนูŽู†ู’ ู†ูŽุงุฌููŠูŽุฉูŽ ุจู’ู†ู ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุนูุชู’ุจูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู‡ู ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽูƒู’ุซูุฑููˆุง ุชูู„ูŽุงูˆูŽุฉูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุฑู’ููŽุนูŽ ู‚ูŽุงู„ููˆุง ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ู’ู…ูŽุตูŽุงุญููู ุชูุฑู’ููŽุนู ููŽูƒูŽูŠู’ููŽ ุจูู…ูŽุง ูููŠ ุตูุฏููˆุฑู ุงู„ุฑู‘ูุฌูŽุงู„ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ูŠูุณู’ุฑูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ู„ูŽูŠู’ู„ู‹ุง ููŽูŠูุตู’ุจูุญููˆู†ูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู ููู‚ูŽุฑูŽุงุกูŽ ูˆูŽูŠูŽู†ู’ุณูŽูˆู’ู†ูŽ ู‚ูŽูˆู’ู„ูŽ ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽูŠูŽู‚ูŽุนููˆู†ูŽ ูููŠ ู‚ูŽูˆู’ู„ู ุงู„ู’ุฌูŽุงู‡ูู„ููŠู‘ูŽุฉู ูˆูŽุฃูŽุดู’ุนูŽุงุฑูู‡ูู…ู’ ูˆูŽุฐูŽู„ููƒูŽ ุญููŠู†ูŽ ูŠูŽู‚ูŽุนู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู„ู

Daripada Nahiyah bin Abdullah bin โ€˜Utbah daripada bapanya daripada Abdullah (bin Masโ€™ud). Beliau telah berkata:

โ€œPerbanyakkanlah membaca al-Qurโ€™an sebelum ia di angkat.โ€ Mereka berkata: โ€œMashaf-mashaf ini akan diangkat, (tetapi) bagaimana pula dengan yang ada di dalam dada-dada orang.โ€ Beliau berkata: โ€œDibawa pergi atasnya (dalam) satu malam lalu pada paginya mereka telah menjadi faqir (yaitu berasa kekurangan). Dan mereka lupa akan kalimah ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู lalu mereka terkesan (terpangaruh) dengan kata-kata Jahiliyyah dan syaโ€™ir-syaโ€™ir mereka. Dan ketika yang itulah terjadi atas mereka al-Qaul*.โ€

[Al-Darimi dalam Musnad (3384). Berkata pentahqiq, Syaikh Hussain Salim Asad: โ€œIsnadnya dhaโ€™if lantaran kedhaโ€™ifan Musa bin โ€˜Ubaidahโ€]

*Al-Qaul ialah ayat-ayat yang sering disebut dalan al-Qurโ€™an iaitu Hari Kiamat atau bala bencana pembalasan daripada ุงู„ู„ู‡

Telah menceritakan kepada kami Amr bin โ€˜Ashim telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari โ€˜Ashim dari Zirr dari Ibnu Masโ€™ud ia berkata; Sungguh akan berlalu suatu malam atas Al Qurโ€™an, sehingga tidak ada satu ayat pun dalam lembaran serta dalam hati (hafalan) seseorang, kecuali telah diangkat.

Sebenarnya hadith atau lebih tepat lagi athar mengenai โ€œbunyi lebahโ€ itu telah saya ketahui pada hari pertama soalan ditanyakan. Cuma saya perlu masa utk mengkaji dan bertanya. Saya agak teragak-agak utk menyampaikannya di sini kerana setakat ini saya hanya menemukan athar ini dalam satu sumber sahaja. Yang dimaksudkan โ€œsatu sumberโ€ ialah sumber secara bersanad:

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุนูŽุงุตู ุŒ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ูŽุง , ู‚ูŽุงู„ูŽ : โ€ ู„ุง ุชูŽู‚ููˆู…ู ุงู„ุณู‘ูŽุงุนูŽุฉู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ู…ูู†ู’ ุญูŽูŠู’ุซู ู†ูŽุฒูŽู„ูŽ ุŒ ู„ูŽู‡ู ุฏูŽูˆููŠู‘ู ูƒูŽุฏูŽูˆููŠู‘ู ุงู„ู†ู‘ูŽุญู’ู„ู ุŒ ูŠูŽู‚ููˆู„ู : ูŠูŽุง ุฑูŽุจู‘ู , ู…ูู†ู’ูƒูŽ ุฎูŽุฑูŽุฌู’ุชู ูˆูŽุฅูู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ุฃูŽุนููˆุฏู ุŒ ุฃูุชู’ู„ูŽู‰ ูˆูŽู„ุง ูŠูุนู’ู…ูŽู„ู ุจููŠ ุŒ ุฃูุชู’ู„ูŽู‰ ูˆูŽู„ุง ูŠูุนู’ู…ูŽู„ู ุจููŠ

Daripada Abdullah bin Amru bin al-โ€˜Aas, beliau berkata:

โ€œTidak akan berlaku Kiamat sehingga kembali al-Qurโ€™an daripada tempat ia diturunkan (yaitu daripada al-โ€˜Arsy : Arash ikut lidah Melayu). baginya dengungan seperti dengungan lebah. Katanya (Al-Qurโ€™an berkata-kata): Wahai Tuhan! Daripada-Mu aku keluar dan kepada-Mu aku kembali. Aku dibaca tetapi tidak diamalkan. Aku dibaca tetapi tidak diamalkan.โ€

[Uthman bin Saโ€™id al-Darimi dalam Radd โ€˜Alaa al-Jahmiyyah (343) dengan sanad:

ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ูŽุง ุณูŽุนููŠุฏู ุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ู…ูŽุฑู’ูŠูŽู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูุตู’ุฑููŠู‘ู ุŒ ุซู†ุง ุงุจู’ู†ู ู„ูŽู‡ููŠุนูŽุฉูŽ ุŒ ุนูŽู†ู’ ุฎูŽุงู„ูุฏู ุจู’ู†ู ูŠูŽุฒููŠุฏูŽ ุŒ ุนูŽู†ู’ ุณูŽุนููŠุฏู ุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ู‡ูู„ุงู„ู ุŒ ุนูŽู†ู’ ุซูŽุงุจูุชู ุจู’ู†ู ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุŒ ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุนูŽุงุตู ุŒ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ูŽุง
Kata pentahqiq Syaikh Badr al-Badr: Isnadnya dhaโ€™if lantaran dhaโ€™ifnya Ibn Lahiโ€™ah manakala Thabit bin Abdullah seperti kata-kata Ibn Hajar dalam al-Lisan (2:77): โ€œAku tidak tahu siapakah dia ini!โ€

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *