Menteri Pertahanan Pakai Kereta Viva Je. -YB Mat Sabu Dipuji

Baru-baru ni heboh tentang sikap bersederhana Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan selipar Bata beliau dan juga beg tangan isterinya.

Terbaru, Menteri Pertahanan baru kita pula, Mat Sabu menjadi perhatian netizen apabila beberapa buah gambar kawasan kediaman beliau tersebar di Internet.
Apa yang menjadi tumpuan ialah beliau hanya menggunakan kereta Perodua Viva sahaja.

Selain itu dapat juga dilihat kediamannya yang sederhana tidak seperti menteri-menteri yang sebelum ini.

Gambar-gambar itu mendapat perhatian dari para netizen, ada yang memuji dan ada yang mengatakan ia masih terlalu awal untuk dinilai kerana beliau baru sahaja dilantik jadi menteri.


Apa-apa pun kita doakan beliau sentiasa rendah diri dan jalankan tugas dengan baik.

loading...
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *