Nafi Larikan Diri, Laman FB Palsu Jamal Yunos Akan Disiasat

Laman sosial Facebook yang menggunakan nama Dato Jamal Yunos bakal disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Pegawai Khasnya, Mohd Azli Jaffar, laman Facebook palsu itu sudah memuat naik dua status sejak Ahad.

Sinar Harian menyatakan yang akaun tersebut dibuka oleh pihak tidak bertanggungjawab yang senagaja mahu menimbulkan provokasi.
“Saya sahkan, akaun Facebook terbabit palsu dan bukan milik pemimpin terbabit,” katanya.

Tambah Azli, akaun Facebook rasmi milik Jamal tidak aktif sejak 10 hari lalu.

Pihaknya juga kesal dengan screenshot di Whatsapp yang bertajuk  ‘Kisah sedih Jamal Yunos’.

“Kami harap pelayar Facebook dan penduduk tidak tersalah anggap atau tertipu dengan status palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan niat mengaibkan beliau (Jamal).”

loading...

Sementara itu, Jamal yang juga  Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menafikan yang beliau menghilangkan diri.

Sebaliknya mendakwa ada salah faham kerana beranggapan proses ikat jamin telah selesai dan sempurna.

Beliau bergegas keluar dari hospital tersebut kerana mengejar masa untuk mengeluarkan wang Tabung Haji bagi membiayai kos reman dan sebagainya.

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *