Najib berbuka puasa dengan ibu ketika hadapi ujian. Tun Rahah juga meminta Najib tabah dengan ujian Allah

Najib berbuka puasa dengan ibu ketika hadapi ujian. Tun Rahah juga meminta Najib tabah dengan ujian Allah

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berbuka puasa dengan ibunya Tun Rahah Mohammad Noah di kediamannya di Jalan Eaton, Kuala Lumpur.

Tun Rahah merupakan balu kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.

Sumber yang dekat dengan Najib berkongsi gambar tersebut dengan Malaysiakini dan mengatakan Tun Rahah sedih apabila mendapat tahu serbuan dilakukan di kediaman anaknya itu lewat malam semalam.

“Beliau bimbang dengan keluarganya, terutamanya cucu-cucu, dan cicit yang baru dilahirkan.

loading...

“Beliau sedih dengan masalah yang melanda dan cara Najib dilayani,” kata sumber itu, sambil menambah Najib memberi jaminan kepada ibunya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk negara ini.

Tun Rahah juga meminta Najib tabah dengan ujian Allah, kata sumber itu lagi.

Pelbagai pihak, termasuk pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) mempersoalkan tindakan polis melakukan serbuan dan menggeledah kediaman Najib pada waktu yang dianggap tidak sesuai.

Sekumpulan pegawai dan berbelas kenderaan polis tiba di rumah bekas Perdana Menteri itu di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 malam semalam.

loading...

Pada kira-kira jam 4 pagi, peguam Najib, Harpal Singh Grewal memberitahu pemberita bahawa tiga hingga empat kotak beg tangan dan barangan peribadi lain telah disita.

Harpal berkata tiada dokumen diambil dan beliau percaya anak guamnya sedang disiasat kerana pengubahan wang haram.

Laporan media mendakwa lima lokasi telah digeledah termasuk Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Polis juga dilapor cuba membuka peti besi keselamatan di rumah bekas presiden Umno itu.

Baca: Ada apa dalam peti besi di kediaman Najib?

Harpal sebelum ini berkata peti besi itu telah berkunci selama dua dekad dan kuncinya tidak ditemui.

Beliau juga berkata kerja-kerja penggerudian yang bermula jam 8.30 pagi menggangu ketenangan di kediaman berkenaan.

Tindakan polis itu dibuat susulan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan Najib akan dikenakan tindakan jika didapati bersalah dalam skandal 1MDB.

Najib sebelum ini berulangkali menafikan beliau menyalahgunakan dana awam untuk keuntungan peribadi.

sumber: malaysiakini

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *