Netizen Setuju Kakitangan Kerajaan Tak Naik Gaji Asalkan Negara Stabil

Image result for Netizen Setuju Kakitangan Kerajaan Tak Naik Gaji Asalkan Negara Stabil

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kakitangan kerajaan telah dijanjikan untuk mendapat kenaikan gaji tahunan bermula Julai. Tetapi, menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, keputusan tersebut akan dikaji dan ditentukan semula oleh Kerajaan baharu.

Perkara itu dilaporkan Berita Harian dan apa yang menarik perhatian adalah ramai netizen bersetuju dengan langkah tersebut kerana memahami situasi dihadapi negara sekarang.

 

Walau bagaimanapun, terdapat percanggahan pendapat kerana ada yang mengatakan berapa sahajalah jumlah gaji kakitangan kerajaan. Bahkan, sekiranya KGT ini diberikan, sekurang-kurangnya ia dapat membantu kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah.

loading...

Rakyat Malaysia dengan semangat baharu hari ini dilihat semakin rasional dan menerima setiap keputusan dengan hati terbuka.

Daripada komen-komen di Facebook Berita Harian itu juga dapat dilihat para netizen cuba menenangkan antara satu sama lain dan tidaklah seperti sebelum ini yang agak kasar bahasanya.

Semoga setiap keputusan dibuat oleh Kerajaan Baharu membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *