Peguam: Beg tangan dan hadiah dirampas dari rumah Najib

Polis merampas beberapa beg tangan dan hadiah dalam operasi yang dijalankan di rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Menurut peguam Najib, Harpal Singh Grewal, tiada dokumen dirampas.

“Hanya barang milik peribadi, beberapa beg tangan dan hadiah,” katanya kepada pemberita yang menunggu di luar kediaman Najib sejak hampir enam jam lepas (ketika berita ini ditulis).

Jelas Harpal, kesemua barang yang dirampas adalah tiga atau empat kotak barang milik peribadi.

Tambahnya, operasi penggeledahan itu mengambil masa kerana keluasan kediaman itu selain polis memeriksa setiap bilik.

loading...

Meskipun polis tidak menyatakan di bawah seksyen mana Najib disiasat, peguam Najib itu percaya ia mungkin ada kaitan dengan pengubahan wang.

“Najib dan keluarganya memberi kerjasama kepada mereka (polis) dan mereka (polis) bertindak secara profesional. Kita percaya siasatan itu adalah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,” katanya.

Kata Harpal, polis tidak memaklumkan bila Najib mungkin akan dipanggil untuk disoal.

Lebih 10 kereta polis dan sebuah Black Maria dilihat di luar rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang dipetik Astro Awani menjelaskan kehadiran polis adalah bagi tujuan menggeledah.

loading...

Bagaimanapun, Amar Singh enggan mendedahkan pencarian daripada aspek apa yang dilakukan polis.

“Saya boleh mengesahkan pasukan polis hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri untuk membuat pencarian,” katanya.

Sejak petang tadi, sekumpulan petugas media tempatan dan luar negara berkumpul di luar pekarangan kediaman Najib.

Kira-kira 11 malam, seorang individu yang mendakwa sebagai peguam Najib dilihat memasuki rumah itu tapi beliau enggan memperkenalkan diri.

Kira-kira 20 minit kemudian, setiausaha akhbar bekas perdana menteri Tengku Shariffuddin Tengku Ahmad turut tiba.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Rafiq Mohamed Mustafa, yang dilihat meninggalkan kawasan itu sekitar 11.40 malam berkata “tunggu dan lihat” apabila ditanya berhubung kehadiran polis di situ.

Sementara itu, lori Black Maria berada di situ dikatakan memuatkan kotak-kotak yang dibawa masuk ke dalam rumah Najib.

Astro Awani memetik sumber yang memaklumkan bahawa penggeledahan itu dilakukan untuk mencari beberapa dokumen dipercayai ada kaitan dengan 1Malaysia Deevelopment Berhad (1MDB).

 

Sumber Malaysia Kini & Astroawani

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *