Saka ialah kata dasar bagi “Pesaka” atau “Pusaka”.  Pusaka boleh diertikan sebagai warisan yang dimiliki dari orang terdahulu. Ini penjelasannya…

Saka ialah kata dasar bagi “Pesaka” atau “Pusaka”.  Pusaka boleh diertikan sebagai warisan yang dimiliki dari orang terdahulu. Ini penjelasannya…

Image result for saka

Saka ialah kata dasar bagi “Pesaka” atau “Pusaka”.  Pusaka boleh diertikan sebagai warisan yang dimiliki dari orang terdahulu. Ini bererti gangguan saka adalah gangguan yang berpunca daripada orang terdahulu seperti nenek moyang, guru ilmu hitam, guru ilmu silat kebatinan dan sebagainya.

Punca Berlakunya Gangguan Saka

Perjanjian Persefahaman (MOU)

Terdapatnya antara nenek moyang masa lalu dengan jin bagi sesuatu tujuan atau hajat yang kebiasaanya berlangsung selama 7 keturunan. Nenek moyang inginkan kelebihan tertentu seperti kepahlawanan, kekuatan, perbomohan, kekebalan, kecantikan, perlindungan melalui bantuan jin. Hal ini berlaku dalam dua keadaan iaitu menyedari akan keberadaan jin ini atau tidak mengetahui akan keberadaan jin ini dalam kehidupan. Perlu diketahui bahawa khidmat jin ini bukanlah percuma. Jin-jin ini perlu dipuja dalam upacara tertentu. Pihak jin akan mengganggu anak cucu jika anak cucu telah tidak lagi memuja mereka serta membelakangkan MOU nenek moyang dengan pihak jin

loading...

Menyimpan Benda-benda Berkaitan Pemujaan Jin

Gangguan berpunca daripada menyimpan benda-benda yang berkaitan dengan pemujaan jin seperti keris lama yang pernah diasapkan dengan kemenyan, tangkal azimat, wafak, barangan antik purba seperti gong, tombak dan sebagainya. Kadangkala kita tersimpan benda ini secara tidak sengaja seperti dihadiahkan orang, ditemui melalui penemuan harta karun dan sebagainya.  Barangan ini pada masa lalu pernah digunakan untuk pemujaan jin atau pernah dijampi serapah.

Melalui Penurunan Ilmu

Gangguan jin disebabkan penurunan ilmu, jampi serapah dan isim daripada tok guru kepada anak murid. Hal ini biasanya berlaku kepada para penuntut ilmu kebatinan dan persilatan.  Gila isim, gangguan mental, gangguan emosi, panas baran, mudah mengamuk dan menjadi panas adalah antara contoh gangguan seumpama ini.

Kaedah Rawatan Saka

loading...

Musnahkan

Memusnahkan segala punca berlakunya saka seperti membakar tangkal azimat, wafak, keris lama, tembikar lama, batu geliga dan sebagainya.

Lupakan

Melupakan serta meninggalkan segala amalan jampi serapah, zikir yang tidak menepati sunnah serta isim yang dipelajari. Menggantikan amalan berkenaan dengan amalan zikir yang dianjurkan oleh Nabi dan para ulama yang muktabar.

Istiqomah

Mengamalkan ayat-ayat ruqyah untuk mengusir jin. Selain itu mengamalkan ayat-ayat ruqyah, doa dan zikir bagi membenteng diri daripada gangguan jin. Seterusnya, rajin beribadah seperti solat berjemaah di masjid, solat sunat tahajud, membaca Al-Quran, berpuasa sunat, bersedekah dan sebagainya.

Ikrar Pemutus Saka

Ketua keluarga akan melafazkan ikrar pemutus perjanjian (MOU) nenek moyang dengan kaum jin. Ikrar pemutus ini perlu bimbingan mualij perubatan Islam syarie.

Berubat

Hendaklah mendapatkan khidmat mualij (perawat) perubatan Islam.

Halangan Kesembuhan

Amalan Syirik dan Khurafat

Kesembuhan sukar berlaku jika kita masih terjebak dengan amalan syirik dan khurafat seperti menyimpan tangkal azimat, memakai cincin atau gelang yang dipercayai mempunyai kelebihan tertentu, memuja jin, dewa dan nenek moyang, memuja kuburan keramat dan sebagainya.

Mudah Mempercayai Dakwaan

Umum mengetahui bahawa  masyarakat kita mudah mempercayai kata-kata jin, bomoh dan tukang tilik. Kebiasaannya lata-kata jin hadir melalui mimpi bertemu orang alim yang berciri seperti memakai jubah putih dan berjanggut panjang.  Selain itu kata-kata jin juga boleh didengar apabila berlaku kesurupan pada seseorang.  Kesurupan ialah seseorang yang bercakap tanpa sedar kerana telah dirasuk jin.  Ketika berlaku kesurupan, jin akan berkata-kata melalui perantaraan jasad seseorang. Dalam hal ini perlu diingatkan bahawa jangan sesekali mempercayai apa jua yang dikatan oleh jin. Jika kita percaya, maka jin sukar dikeluarkan dari jasad seseorang kerana dia tahu kelemahan iman kita. Nabi pernah berpesan bahawa jangan percaya akan kata-kata jin (syaitan) sebab dia adalah pendusta. Begitu juga kita jangan percaya akan kata-kata tukang tilik, nujum atau bomoh yang menyebabkan akidah kita tergugat.

Cuai Beribadah

Tidak menjaga ibadah dengan baik seperti lalai dalam melaksanakan ibadah solat dan jarang membaca Al-Quran, jarang berzikir dan sebagainya.

Berbuat Maksiat

Gagal menghindar diri saripada perkara-perkara yang ditegah seperti mendedah aurat dan terlibat dengan perbuatan maksiat. Selain itu, memakan makanan dan minuman dari sumber rezeki yang haram seperti hasil rasuah, riba’, judi dan sebagainya.

Sekian, semoga berjumpa lagi

Sumber: Rawatan Islam

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *