Sambutan Luar Biasa Petisyen Calonkan Tun Mahathir Terima Nobel Keamanan

Sebelum ini netizen telah mengadakan kutipan secara atas talian bagi meringankan beban bayaran hutang kerajaan, terbaru netizen melancarkan satu petisyen dalam talian yang melobi Tun Dr Mahathir Mohamad supaya dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan tahun ini.

Sinar Harian melaporkan, petisyen tersebut digerakkan oleh netizen yang bernama Alexandria Abishegam.

Menurut Alexandria, petisyen itu dilancarkan sebagai pengiktirafan terhadap keazaman Tun Mahathir untuk kembali ke dunia politik pada usia 92 tahun dan mengetepikan prasangka politiknya untuk bekerjasama dengan bekas pengkritiknya demi menyelamatkan negara.

“Hakikatnya Tun Dr Mahathir juga secara terbuka mengakui kesilapan beliau dan memohon maaf di atas kesilapan yang lampau membuatkan beliau seorang yang begitu disegani dan seorang pemimpin yang wajar dicontohi.”

“Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat menandatangani petisyen tersebut.”

loading...

Difahamkan setakat ini, seramai lebih 89 ribu orang telah menandatangani, namun sasaran buat Alexandria Abishegam yang melancarkan petisyen tersebut adalah seratus lima puluh ribu orang.

Sebenarnya Tun Mahathir pernah dicalonkan oleh Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dari Bosnia dan Herzegovina pada tahun 2007.

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *