SAYA HIDUP SUSAH. Selepas Mengamalkan Surah Al-Waqiah Terjadi Sesuatu Yang Amat Mengejutkan!

SAYA HIDUP SUSAH. Selepas Mengamalkan Surah Al-Waqiah Terjadi Sesuatu Yang Amat Mengejutkan!

Segala ketentuan dalam hidup ini telah pun ditetapkan oleh Allah samada didalam bab Jodoh, Ajal, Rezeki, dan semua dalam kehidupan kita. Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha kita sendiri. Jangan lupa segala suruhan Allah dan tinggalkan segala Laragan-NYA.

Salam semua.
Sekadar berkongsi. Ambil yang baik, buang yang buruk.

Sy tak berhenti cari kerja, berbulan cari, padahal sy cari kerja part time je. Kedai high end, kedai makan, you name it, semua saya apply. Akhirnya sangkut satu company, buat sales, tapi takda basic, komisyen sahaja. Bidang pun sy tak minat. Kos nak pergi kerja lagi bukan murah. Lepas reject tawaran tu, saya fikir banyak kali, kenapa lah tak cuba je kerja tu, entah entah saya boleh perform, dapat la jugak gaji. Memang menyesal. So sy job hunt lagi, berbulan lamanya.

Saya terbaca confession kat page ni, pasal Al-Waqiah magnet rezeki. Ya, benar. Ada satu malam tu, lepas solat subuh, saya baca Al-Waqiah, niat utk dimurahkan rezeki. Tapi Allah sentuh hati saya malam tu. Menangis saya baca Al-Waqiah. Kenapa? Sebab saya baca maksud surah tu sekali. Saya ingat maksud surah tu berkait dengan rezeki, rupanya tidak.

loading...

Sayu hati masa baca, teringat banyak dosa saya buat sebelum ni. Saya buat solat sunat taubat. Zikir tak henti, mintak ampun tak henti, doa tak henti. Sampai saya letih. Esok nya saya sambung cari kerja semula. Then petang tu, saya bukak email, ada dua email dari company yang saya pernah apply. Email pertama, mereka kata permohonan gagal, dalam hati saya, saya patut sedar diri, tak mesti buat ibadah satu malam, terus makbul doa, lagi lagi banyak dosa saya sebelum ni. Saya pun bukak email kedua, mungkin company ter-resend email sama. Tapi sbenarnya email kedua tu jemput saya pergi interview, untuk jawatan yang berbeza. Alhamdulillah, saya tahu tak mesti saya dapat kerja tu, tapi sekurangnya diberi peluang untuk pergi interview, dapat atau tak, tu Allah je boleh tolong.

Selang beberapa hari, saya dapat mesej dari bekas majikan saya, tanya saya free tak, nak mintak saya kerja dengan dia satu dua hari, Alhamdulillah. Sehari dua pun, ada jugak dapat duit dari tak buat apa. Malam yang sama, saya pergi berbuka puasa di masjid. Berkat terawih tiap malam juga agaknya, ada akak ni yang saya selalu bertegur kat masjid, dia tanya saya nak kerja tak. Gaji mahal, tapi part time. Alhamdulillah.

Nampak tak the power of dua’s on Ramadhan, the power of Al-Waqiah, the power of taubat, the power of ibadah. Tiga tawaran kerja part time sekali gus. Saya cari part time sebab saya duduk di negara orang, visa lagi beberapa bulan expired. Saya student di negara yang islamophobia kuat. Saya bertudung, Islam. Jadi memang lagi susah kalau nak dapat kerja.

Apa pun saya bersyukur sangat sekarang. Jadi yang belum dapat kerja, or duit asyik tak cukup, cuba lah baca Al-Waqiah, solat fardhu jangan tinggal. Lagi dekat kita dengan Allah, lagi Allah kasihi kita. Perancangan allah hebat, jadi jangan pernah putus asa.

– Bunga Pastel

loading...

Sumber : IIUM Confessions

.

Subhanallah! Viral Gambar Meninggal Dunia Dalam Keadaan Tersenyum, Kisah Arwah Remaja Ini Buat Netizen Tersentuh!

Pada 29 Ogos 2017 lalu, tular di laman sosial sekeping gambar seorang remaja lelaki yang telah meninggal dunia apabila mayatnya kelihatan tersenyum manis. Subhanallah. Kalau tengok gambarnya, memang nampak manis sangat seperti sedang tersenyum.

Hamba Allah yang bertuah itu adalah Haris Hilmawan Jundani yang juga seorang al-Hafiz. Arwah Haris juga selesa menjadi sukarelawan yang merantau ke tempat lain dengan bertujuan sebagai pendakwah bebas.

Seorang lelaki yang juga rakan arwah dari sekolah Ma’had Aly An-Nu’aimy Jakarta dan juga Ma’had Tahfiidzul Qu’ran Saalim ‘Awwad Al-Jandal menceritakan bahawa arwah seorang yang sangat bersopan santun.

“Beliau juga murid penghafal Al-Quran terbaik dan tercepat di ma’had kami. Pernah sekali kami mendaki gunung dan arwah membawa turun seguni sampah yang dia kutip sendiri di puncak gunung,” ujarnya.

Arwah meninggal dunia akibat penyakit meningtis iaitu satu penyakit yang membabitkan jangkitan kuman pada otak dan sistem saraf sejak setahun yang lalu.

Demikian adalah pesanan dan juga nasihat terakhir yang ditulis oleh arwah buat kenalan rapatnya. Maaf terpaksa ditulis dalam bahasa Indonesia memandangkan arwah adalah orang sana. Ayat adalah original dan tidak mahu diubah suai.

“Sudah lengkap yang kau punya dengan bacaan dan hafalanmu. Mungkin hanya satu kekuranganmu entah apa boleh diterima ilmu dan hafalanmu untuk masyarakatmu?

“Kalau perlu, pergilah seperti Hamas Al-Barqi (adik kelas saya di Al-Kahfi dan adik kelas Al-Marhum dari MA Ma’ahid hingga di Nu’aimy) yang merantau dakwah ke Pulau Irian dan buktikan baktimu pada agama yang mulia ini”

Allahu. Tidak semua manusia diberi peluang untuk pergi menghadap Nya dalam keadaan yang manis seperti ini. Al fatihah buat arwah. Semoga Allah meletaknya di syurga yang paling tinggi

Sumber: kisahdunia.com

.

 

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *