‘Spiderman’ wujud, selamatkan budak jatuh balkoni! Lihat Videonya..

‘Spiderman’ wujud, selamatkan budak jatuh balkoni

Image may contain: one or more people

DATUK Bandar Paris Hidalgo memuji keberanian seorang imigran dari Mali yang sanggup memanjat bangunan empat tingkat di utara ibu kota untuk menyelamatkan kanak-kanak yang sedang berpaut di balkoni.

Hidalgo berkata pihaknya akan menyokong usaha lelaki berkenaan yang bercadang untuk terus menetap di Perancis.

Video itu menunjukkan seolah-olah watak Spiderman benar-benar wujud di dunia ini, yang mana Mamoudou Gassama pantas memanjat bangunan empat tingkat untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Video ini tular di media sosial dengan penonton yang cemas akhirnya bersorak dengan keberaniannya.

Sebaik sahaja tiba dekat dengan budak itu, Gassama terus menariknya untuk diselamatkan. Ibu bapanya yang dipisahkan dengan dinding balkoni nampak lega.

loading...

“Tahniah kepada Mamoudou Gassama atas keberaniannya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak,” kata Hidalgo di akaun Twitter rasminya, sambil menambah dia telah menghubungi ‘Spiderman’ itu untuk mengucapkan terima kasih.

Hidalgo berkata, Gassama, 22, memberitahunya bahawa dia tiba ke Perancis dari Mali beberapa bulan yang lalu dan ingin tinggal di negara ini.

“Saya menjawab bahawa sikap yang ditunjukkannya adalah satu contoh bagi semua warganegara dan Kota Paris jelas akan memberi sokongan dalam usahanya untuk menetap di Perancis,” kata Hidalgo.

Menteri Perancis dan bekas jurucakap kerajaan, Christophe Castaner juga menulis di Twitter untuk menyatakan kekagumannya terhadap Gassama yang tidak berfikir panjang untuk menyelamatkan nyawa seorang budak tanpa memberi memikirkan keselamatan diri sendiri.

Akhbar Le Parisien melaporkan bahawa Gassama sedang berjalan apabila melihat orang ramai sedang berkumpul di depan bangunan tersebut dan terus bertindak.

loading...

“Saya melakukannya kerana dia adalah seorang kanak-kanak,” katanya.

“Saya dapat memanjatnya. Terima kasih Tuhan dapat saya menyelamatkannya.” -Reuters

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Mamoudou Gassama, pendatang asing dari Mali telah di berikan kewarganegaraan Perancis oleh Presiden Perancis sendiri setelah Video beliau menyelamatkan kanak2 di balkoni beberapa hari lalu menjadi viral di seluruh dunia.
.
Beliau bukan sahaja mendapat gelaran SPIDERMAN malah beliau di tawarkan pekerjaan sebagai Firefighter/Bomba. 😍😍😍
.
*Berbuat baik akan di balas baik.

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *