SPRM tak akan tangkap Najib hari ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tidak akan menangkap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

“Bukan nak tangkap,” kata Ketua pesuruhjayanya Datuk Seri Shukri Abdull.

Shukri berkata SPRM hari ini hanya merekodkan kenyataan Najib berkaitan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, sejak 2015.

Proses itu dibuat, katanya Shukri, kerana mereka memperoleh maklumat baru dalam siasatan itu.

Shukri berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat badan antirasuah itu di Putrajaya sebentar tadi.

loading...

Shukri mengesahkan hanya Najib seorang dipanggil memberi keterangan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, terdapat saksi lain “seorang dua lagi” akan memberi keterangan dalam kes sama.

Beliau menegaskan siasatan SPRM pada masa ini hanya berkaitan kes SRC sahaja dan isu “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya akan dikendalikan oleh pasukan khas siasatan 1MDB.

Sumber:MalaysiaKINI

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *