TERINGAT PESAN ” KALAU NAK BERDOA, JUAL NAMA MAK”. “AKU PUN BERDOA DENGAN MENJUAL NAMA MAK AKU.. ALLAHU AKBAR, REZEKI MELIMPAH RUAH!”

Sedikit intro tentang aku. Aku seorang suri rumah dan mempunyai seorang anak kecil. Yang kedua coming soon Insyaallah September nanti. Aku tidak bekerja. Aku hanya berniaga cookies yang aku buat di rumah secara online.

Sebelum ni aku pernah terbaca satu kisah tentang seorang mak yang memesan kepada anaknya, kalau nak berdoa apa-apa, jual nama mak. Contoh kalau doa nak bawak suami atau isteri pergi umrah, doa macam ni “Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk bawak suami / isteri aku pergi umrah. Semoga aku dapat bawak mak sekali”.

Kalau nak beli rumah, doa macam ni “Ya Allah, lancarkanlah urusan beli rumah aku agar bila mak aku datang melawat nanti dia selesa”. Menurut maknya, insyaAllah doa tu naik serta merta tanpa hijab.

Si ibu tadi ada share tentang satu ceramah yang dia pergi. Ada sorang sahabat Nabi ni, rupa dia gelap dan gemuk. Tapi dia ada isteri yang sangat cantik.

loading...

Sahabat-sahabat Nabi tanya pada dia macam mana dia boleh dapat isteri yang cantik sangat macam ni? Dia pun kata “Setiap hari aku berdoa pada Allah, Ya Allah kurniakanlah aku isteri yang mana bila mak aku pandang wajahnya, mak aku terus berasa sayang dan kasih padanya”.

Dan aku pon cuba amalkan. Setiap hari. Sambil aku nak lintas jalan, sambil aku buat kerja rumah, sambil aku buat cookies. Doa aku semoga Allah murahkan rezeki aku agar aku dapat bantu mak aku.

Agar aku mampu buat mak aku hidup senang. Alhamdulillah. Setiap hari aku dapat tempahan cookies walaupon tak banyak. Aku mampu hulurkan wang belanja untuk mak dan keluarga aku di kampung.

loading...

Pagi tadi mak aku call tanya ada duit tak. Mak nak bayar amanah minggu ni. Adik pon kena beli uniform kolej. Boleh mak pinjam sikit. Insyaallah hujung minggu ni mak bayar balik. Aku terdiam tak tahu nak jawab apa. Aku sebak, macam mana aku nak tolong mak aku hari ni?

Dalam akaun aku cuma ada RM37.56 je. Aku berserah sesungguhnya. Dan aku terus merayu memohon “Ya Allah, kau limpahkanlah seluas luas rezeki untuk aku agar aku dapat senangkan mak aku Ya Allah. Ya Allah, murahkanlah rezeki aku hari ni supaya aku mampu bantu mak aku Ya Allah” berulang ulang kali aku berdoa.

Aku berdoa dengan menjual nama mak aku. Allahuakbar, ternyata Dia Maha Mendengar. Petangnya, dua orang vendor aku bankin duit sewa, agent cookies bankin duit cookies, customer doorgift langsaikan bayaran baki dan ada customer order cookies untuk raya siap bankin full payment. Aku terus sujud syukur. Hebat kuasaMu Ya Allah. Allah angkat doa aku.

Lepas ni bila nak doa boleh la selit nama mak yang mana masih ada mak. Kalau dah takde mak, gunalah nama ayah, nama mak mertua & bapak mertua pun boleh. Darjat mertua dengan mak ayah kandung sama je takde beza pun. Tanpa doa dan restu mak ayah, tak kemana pun kita.

– Syahida via theklasik.com

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *