THM kumpul RM18.6 juta

PUTRAJAYA: Tabung Harapan Malaysia (THM) mengumpul RM18.6 juta sehingga jam 3 petang hari ini, sejak dilancarkan kelmarin.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata jumlah itu adalah peningkatan 163 peratus berbanding RM7.07 juta yang dikumpul semalam.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang bersatu hati dalam membantu meringankan beban hutang Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan menyemak nombor akaun THM sebelum membuat transaksi bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Katanya, poster yang tersebar luas di laman sosial berkaitan nombor akaun THM disahkan palsu.

loading...

“Nombor akaun yang tertera di poster itu berlainan dengan akaun THM yang bernombor 566010626452 (Maybank) seperti diumumkan sebelum ini.

“Kementerian Kewangan akan membuat laporan polis terhadap mana-mana individu yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan orang ramai,” katanya.

Sumber:beritaharian

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *