Ustaz Rawat Wanita Cantik.Perangai Ustaz Menjadi Pelik Selepas Itu. Rupa2nya Ustaz Buat Sesuatu Yang MENGEJUTKAN..

Aku yakin ramai lelaki kat luar mungkin tidak sedar bahaya fitnah wanita ni. Tapi bukanlah maksudnya kita kene memusuhi wanita. Wanita ni anugera beb, seindah hiasan ialah wanita solehah. Tapi nak dapat wanita solehah ni ibarat mencari belian dicelahan kaca.. Wahh..haha.

Fitnah wanita ni bahaya beb. Jangan la cuba cuba masuk dalam fitnah wanita ni. Sekali terjebak merana wei. Satu kisah yang boleh aku kongsikan mudah mudahan jadi pengajaran buat kita semua.

Aku kenal seorang ustaz, aku panggil dia ustaz jo (bukan nama sebenar). Ustaz jo ni umur dalam lingkungan 40an. Ustaz jo ni alhamdulillah seorang suami yang baik dan bertanggungjawap. Sebab aku merupakan anak murid ustaz jo. Aku bab tajwid ni lemah sikit. Jadi aku bergurulah bab tajwid dengan ustaz jo ni.

Jadi bermula saat itu aku dengan ustaz jo ni rapat lah. Macam anak dengan ayah. Ustaz jo ni merupakan seorang pengamal perubatan islam juga. Alhamdulillah ramai orang yang ada masalah gangguan makhluk halus, penyakit zahir dia bantu dan lebih mengkagumkan aku, dia tidak meletakkan bayaran atas setiap rawatan yang diberikan. Kalau pesakit bagi rm1.00 pun dia terima dengan senyuman, memang baik orangnya.

Itu serba sedikitlah mengenai ustaz jo ni. Sehinggalah pada suatu hari, ustaz jo dapat panggilan untuk merawat seorang pelajar perempuan dalam lingkungan 20an.

loading...

Istimewanya kes pelajar perempuan ni ialah, dia mula kene gangguan makhluk halus sejak dari umur 6 tahun dan bila masuk umur 17 tahun dia diserang oleh sihir pulak akibat cinta yang tidak berbalas.

Boleh dikatakan pelajar perempuan yang aku namakan Aini ni memang beratlah ujiannya. Bapa kandung Aini pula meninggal sewaktu aini berumur 10tahun. Sadis juga lah..

Ok, seperti biasa aku anak murid yang baik dan kacak akan sentiasa follow ustaz aku pegi berubat. Sama seperti kes aini tadi.

Aku pun macam biasa follow ustaz jo pergi kerumah aini. Yang call ustaz jo tu kakak kepada aini. Setiba kami dirumah kakak aini. Aku lihat sekujur tubuh terbaring lemah ditengah tengah rumah sambil mata melilau melihat syiling rumah. Bedebor jugak aku waktu tu.

Tapi ustaz jo relex je. Huhu. Jadi aku macam biasalah tolong bacakan ayat suci al quran mana yang telah diajarkan sebagai pendinding sebelum rawatan.

loading...

Alhamdulillah setelah dibacakan ayat suci al quran dan diberikan air rukyah (air jampi yang dibaca ayat suci alquran) aini dipulihkan daripada gangguan.

Aini yang sudah sedar dari rasukkan dan dalam keadaan keletihan sempat mengucapkan terima kasih pada ustaz jo. Aini yang aku lihat secara zahirnya memang cantik orangnya. Putih bibir kemerahan, kening lebat dan tersusun. Sedap mata memandang. Hahaha

Tapi seminggu selepas kejadian ustaz jo beritahu aini diganggu semula dan ustaz ajak aku teman dia tetapi aku mula disibukan dengan kerja pejabat maka aku terpaksa menolak.

Selepas 2 minggu baru aku berkesempatan jumpa ustaz jo untuk berbual dan bertanya khabar. Tapi kelakuan ustaz jo sedikit pelik. Sebab ustaz kurang berbual dengan aku macam biasa tetapi lebih banyak menjawap message di whatapp sambil tersenyum sorang sorang. Pelik

Aku pun macam biasa lah tukar topik dan mula memancing maklumat. Hahaha aku tanya ustaz apa yang sibuk tu.. Dipendekkan cerita ustaz bagitau aku yang aini selalu message dia, ustaz jo kesian pada aini kerana selalu kesunyian dan ustaz jo bimbang jika aini rasa sunyi dia akan mudah diserang gangguan.

Aku pun memperhebatkan lagi pancing aku sehinggalah ustaz jo bagitau aini pernah tanya pada ustaz jo mengenai perasaan ustaz jo pada dia. Aku pun tanyalah ustaz jo. Pada pendapat aku kalau betul ustaz mampu apa salahnya berpoligami sebab ia dihalalkan dalam islam.

Ustaz kata dia anggap sebagai anak je. Dia kesian pada aini yang sering kene gangguan makhluk halus dan keretakkan hubungan keluarga menjadikan aini sunyi dan perlukan pada bimbingan dan perhatian.

Aku senyum aja. Sebab aku dah kawin jadi aku sayang isteri aku hehe. Aku cuma nasihatkan ustaz. Kalau ustaz mampu bolehlah ambil sebagai isteri, tetapi jika tidak lebih baik ustaz carikan dia calon suami atau ustaz menjauhkan diri, sebab bimbang akan fitnah.

Tapi fitnah wanita ni bahaya beb. Aku tengok ustaz jo makin ligat melayat Whatapps aini. Sehinggalah dikhabarkan ustaz sering kerumah aini untuk bertanya khabar.

Aku tak tahu perkara ini sampai ke pengatahuan isteri pertama ustaz jo atau tidak. Yang aku pasti jika hal ini terbongkar pasti perang dunia ketiga akan meletus.

Cuma apa yang aku nak sampaikan kat semua. Jangan mulakan hubungan dengan perempuan bukan mahram kita walaupun hanya nak ambil berat pasal biasa biasa. Sebab fitnah wanita ni, sekali dia memerangkap ko susah nak lepaskan diri.

Aku masih mengikuti perkembangan ustaz jo. Aku berdoa supaya ustaz jo, aku dan kita semua dilindungi daripada fitnah wanita.

Buat bro bro semua. Kita semua memang suka tengok perempuan. Itu fitrah kita lelaki, apatah lagi kalau perempuan yang cun bagi respon kat kita. Senyum ke pandang ke. Kalau kita dan ada isteri dan belum mampu berpoligami segera istighfar dan tundukan pandangan. Jaga batas pergaulan. Walaupun perempuan tu dah jadi isteri orang. Kene jaga batas.

Sebab akhir zaman ni. Orang lagi suka mengorat isteri/suami orang. Katanya bila dapat mengorat isteri atau suami orang macam market tu level fatah amin n neelofa la.

Zaman ni zaman fitnah. Bahaya sangat. Pergaulan dipejabat antara lelaki dan perempuan kene jaga. Terkadang batas tu tak de. Boleh main gurau perkara dalam kain tanpa malu.

Itu semua fitnah. Ada guru lain aku pesan nak elak fitnah wanita. Kalau tahap anggau sangat makan tak lena tidur tak basah. Amalkan surah yasin ayat 9 bayangkan wajah perempuan yang kita anggau tadi. Ludah kat belah kiri. InshaAllah

Banyak lagi kisah fitnah wanita sebenarnya. Nantilah aku share kisah dan tips menjaga diri daripada fitnah wanita. But korang jangan salah faham, kita tak benci wanita. Cuma kita kene jaga batas dengan wanita sebab kita sayangkan maruah dan kita hormat wanita. Kita nak wanita kita jadi wanita solehah sebaik perhiasan dunia cam dalam lagu inteam tu tajuk apa aku tak tahu.

Haha. Ok semoga kita semua diselamatkan dari fitnah.

Adios!

Aku ada beberapa cerita pasal gangguan yang jadi kat family aku dan aku sendiri. Cerita ni berkronologi. so kalau dah sedia jom start.

1990’s :
Aku tak tau tahun sebetulnya berapa sebab aku tak lahir lagi waktu ni. Mak aku ni janda anak 2. Ayah aku pulak duda anak 1. Dorang ni kahwin sebab kawan yang rekemenkan. Time mak aku masih lagi janda, dia ni boleh dikatakan ramai jugak lah peminat even janda anak 2.

Ramai la pakcik2 yang dok menggatal sampai mak aku kena sound banyak kali lah dengan isteri2 dorang tu. Bila mak aku dah kawin dengan ayah aku so senyap la mulut tu.

Ingat dah boleh bahagia tapi no! Mak aku kena ganggu teruk. Awal2 baru kawin tu punyalah mak aku benci gila kat ayah aku siap setiap kali maghrib akan bawak parang lah pisau lah nak tetak ayah aku. Nasib iman ayah aku kuat. Bawak ustaz datang rumah tengokkan mak aku.

Ustaz tu cakap parah ni sebab dia nak dua2 mati. Wow! Hebat betul itu orang. Dia pikir dia tuhan ke boleh tentu ajal maut? Makan tahun jugak mak aku berubat. 4tahun lepas tu aku lahir. Tahun depan tu pulak adik aku. So bahagia la kami sebentar.

2000’s :
Ingat panas sampai ke petang rupanya gerimis mengundangggg. Habis kami anak beranak kena kacau. Tapi yang pelik dia kacau mak aku dengan anak2 perempuan je. Ayah dengan dengan anak2 lelaki dengar pon tak pernah. Hantu betul hantu ni. Mula lah kak yong aku dengar budak nangis. Kak yang aku nampak macam2. adik aku badan dia habis lebam2.

Aku ni semua merasa. Dengar, nampak, lebam huhuhu. ayah aku cakap ni tak boleh jadi ni kena berubat. pergi lah jumpa ustaz yang dulu rawat mak aku tu and guess what? orang yang samaaaaa jugak hantar.

waduh waduh memang cari gaduh ni dengan aku. pakcik ke makcik ke dua2 aku tendang kang dok buat tak elok kat family aku. so anak2 ni kejap je dia rawat. mak la lama sikit dalam 2 bulan nak rawat. mak aku lagi lah kena teruk sampai tak boleh tido 6 hari masuk ward tambah air, bagi ubat tido pon tak jalan. kesian dia. tapi Alhamdulillah berkat doa kami anak beranak mak pulih.

2010’s :
mak aku selalu pesan jangan tolak pinangan atau lamaran orang secara kasar. Cakap lembut. hmm tapi aku ni memang jenis garang. takda garang tapi siapa yang tak kenal mesti cop aku sombong teruk haha. so ada lah sorang mamat ni lamar aku. dalam masa yang sama aku tahu dia ni sebenarnya tengah hangat bercinta dengan budak first year u aku.

aku namakan dia Aman. Aman ni dia punya tahap gila tu sampai semua orang tak boleh brain budak deanlist ni actually psycopath. eh panjang pulak intro pasal dia. ok berbalik cerita tadi, haa dia ni pakwe orang lah senang citer so aku cakap la taknak bagai dengan nada yang agak kasar. nak tahu dia cakap ape?

“kau jangan cabar aku Amy. kang aku hantar belaan aku kat kau baru ada akal”
dan aku pun cabar dia lagi dengan harapan itu hanyalah dialog. time ni aku tengah praktikal dekat wangsa maju. so duduk lah rumah sewa apartment dengan 3orang kawan aku.

kejadian dengan Aman tu aku dah lupakan sebab lepas dia ugut tu serius takde apa2 yang jadi. lama jugak aku bebas tanpa Aman. setahun rasanya sampai aku dah start kerja. aku still kerja kat syarikat yang sama aku praktikal dulu so stay je duduk rumah tu.

malam tu aku dengan housemates (nita dan ja) gila nak makan so keluar lah naik keta pegi cari kedai mamak. so dah kenyang semua otw balik tu Ja diaamm je. aku tanya macam2 satu pun dia tak jawab. haa sudah. dah la dia duduk belakang sorang2.

aku stop tepi jalan. bajet2 berani nak tanya Ja. sekali tak sempat aku nak paling belakang dia dah pandang aku baiikkk punya kat cermin atas tu dengan mata tajam. so aku cakap kat Nita tolong call ustaz mana2 yang dia kenal. dah dapat call so terus gerak pergi rumah ustaz tu. dia scan Ja pastu geleng kepala. “ada orang nak kenakan awak ni tapi terkena kawan awak sebab dia lemah.”

haaa sudah sape pulak aiii yang berani main dengan kuasa Allah ni. tapi aku malas nak tanya ustaz so lepas dia pulihkan Ja dengan izin Allah, kami pon balik.

puas aku pikir 2,3 hari sape lah yang buat. tiba2 dapat mesej dari unknown : “ingat aku lagi? kau pikir hebat lah dengan pendinding diri kau tu? kau tunggu lah Amy aku hantar yang lagi hebat.” waktu tu aku tak pikir ape dah selain Aman.

so malam tu nak tido lah macam biasa tetiba rasa orang main kaki lah main rambut lah pastu gelak2 tepi telinga. aku dah seram sejuk. nak bangun tak boleh rasa kena ikat je waktu tu. nasib aku hafal ayat ruqyah. baca dan baca lagi tapi makin lama aku rasa panas.

rasa nak cederakan diri sendiri. sumpah waktu tu aku rasa nak pergi dapor ambik pisau tikam diri sendiri. nasib Nita dengan Ja datang sebab dengar aku terjerit-jerit. lepas dorang datang bilik aku tu aku dah tak sedar. bila dah sedar, aku dekat kampung. yes kampung aku dekat perak.

mula lah Nita cerita. dia kata lepas aku jerit2 tu terus aku jadi tak betul. kejap mengilai kejap nangis kejap gelak. dorang dah kecut dah sebab masing2 tak boleh drive. aku sorang je boleh. so mampu tunggu je abang aku dari semenyih datang. stay je dalam bilik aku sebab takut aku buat benda bukan. sepanjang kat dalam bilik tu, aku asyik sebut nama Aman je.

pastu cakap nak mati. tak nak hidup dah. ulang2 benda yang sama. lepastu aku start agresif. pegi dapor ambik daging yang tak masak aku makan. cakar2 tong sampah cari sisa makanan. Ja dah awal2 lagi masuk dapor sorokkan segala benda tajam. thanks Ja.

tak lama lepastu abang aku sampai. terus bawak aku balik perak. Nita dengan Ja ikut sekali. mulalah sesi soal menyoal dengan makhluk tu.

“kau siapa?”
“……”
“lagi sekali aku tanya, kau siapa?”
“hamba”
“hamba siapa?”
“tuan aku lah.”
“siapa tuan kau?”
“Haruuunnnnn hihihi”
“harun? macam biasa dengar.” ayah aku menyampuk.
“memang lah kau biasa dengar sebab aku lah jugak yang kacau bini kau dulu hahaha”

rupa-rupanya gaissss Aman ni anak si Harun. Harun ni siapa? dia lah yang guna2 kan mak aku dulu. yang nakkan mak aku tapi tak dapat tu. haihhh memang keturunan setan ni bikin darah aku menggelegak! tak dapat mak anak pon dia nak ambik. lepas dah habis soal2 tu aku pun dah pulih sikit. rehat je kat rumah ambik cuti seminggu.

Nita dengan Ja abang aku hantar balik alang2 dia balik Semenyih. seminggu kat kampung ni la mak aku cerita semuaa benda pasal Harun. macam mana dia boleh kenal Harun bagai tu. pasal anak dia Aman, mak aku kata seingat dia, Harun tak pernah kawin. so mungkin Aman anak angkat dia je

.ok sampai sini dulu aku cerita. next post aku cerita pasal siapa Harun dan Aman. dan macam mana gangguan yang aku dapat bila dah kahwin. dan jugak kenapa dia kacau aku sorang je teruk, kakak2 dengan adik aku biasa2 je. sebab kalau aku nak cerita semua kat sini sumpah panjang. kang tak larat pulak nak scroll. see you gaisss bye.

Sumber : Amy via myberitatular.com

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *